Sebagai seorang pemasar, anda perlu mengurus banyak perkara dalam satu masa. Jadi, memiliki strategi pemasaran yang terarah bukan saja membantu kekal fokus, tapi juga penting untuk menarik pelanggan yang betul, pada masa yang betul.
Ramai dah biasa dengan 4P, tapi versi yang lebih lengkap—7Ps Marketing Mix—merangkumi elemen tambahan yang sangat penting dalam pemasaran moden: Product, Price, Promotion, Place, People, Process dan Physical Evidence.

Apa Itu 7Ps Marketing Mix?
Konsep ini bermula sebagai 4Ps oleh James Culliton pada tahun 1948—Product, Price, Promotion, dan Place. Ia diperluas kepada 7Ps pada era 1980-an untuk menyesuaikan dengan keperluan perkhidmatan yang melibatkan People, Process, dan Physical Evidence.
Yang menariknya, 7Ps bukan sekadar teori, tapi boleh terus diguna dalam keputusan harian dan kempen pemasaran sebenar. Ia ibarat muka hadapan strategi pemasaran—apa yang pelanggan anda nampak dan rasa.
1. Product
Produk adalah nadi kepada semua usaha pemasaran anda. Tak kira fizikal atau digital, anda perlu tahu:
Apa nilai unik produk anda?
Siapa pelanggan anda?
Apa keperluan mereka?
Contoh jenama: Apple tak jual telefon semata-mata—mereka jual ekosistem antara peranti, sistem dan servis seperti iCloud dan Apple Music.
2. Price
Harga ialah satu-satunya elemen yang bawa pulangan tunai. Semua elemen lain—kos semata. Strategi harga yang bijak boleh ubah tanggapan pelanggan terhadap jenama anda.
Fikirkan:
Adakah harga anda kompetitif?
Perlu tawaran diskaun atau bundle?
Jenama anda nampak premium atau value for money?
Contoh jenama: Spotify guna strategi harga bertingkat—percuma dengan iklan, premium individu, pelajar & keluarga. Ini bantu tarik pelbagai jenis pengguna.
3. Place
Place bukan sekadar lokasi kedai fizikal. Ia tentang di mana dan bagaimana pelanggan dapat produk anda.
Adakah pelanggan cari produk anda di Shopee, Instagram atau Google?
Perlu kolaborasi dengan platform e-dagang seperti Shopify?
Perlu buka cawangan fizikal?
Contoh jenama: Nike edar produk melalui kedai fizikal, ecommerce, app dan guna data pengguna untuk pastikan stok dan pengalaman pelanggan optimum.
4. Promotion
Elemen ini merangkumi segala bentuk komunikasi untuk pengaruh pelanggan—dari ads, media sosial, sehinggalah kepada pemasaran emel dan program loyalti.
Kunci kejayaan:
Personalization ikut tingkah laku pelanggan
Uji A/B untuk tahu strategi mana berkesan
Konsisten dari satu saluran ke saluran lain
Contoh jenama: Dove dengan kempen Real Beauty tonjolkan nilai emosi sambil kekalkan kehadiran produk secara konsisten di pelbagai platform.
5. People
Kakitangan anda memainkan peranan penting dalam membina pengalaman pelanggan yang hebat.
Pastikan:
Staf dilatih dengan baik
Budaya kerja fokus kepada pelanggan
Anda ambil individu yang sepadan dengan jenama
Contoh jenama: Zappos utamakan keserasian budaya kerja—mereka malah tawarkan $2,000(~RM470) kepada pekerja baru untuk berhenti jika rasa tak sesuai selepas minggu latihan pertama!
6. Process
Ini melibatkan aliran kerja dan sistem yang menyampaikan produk/perkhidmatan kepada pelanggan.
Tanya diri anda:
Proses anda lancar atau rumit?
Guna automation untuk mudahkan urusan?
Adakah pelanggan dapat pengalaman yang selesa dari awal sampai akhir?
Contoh jenama: Amazon cipta proses checkout dan penghantaran yang sangat lancar—sehingga menjadi penanda aras global untuk ecommerce.
7. Physical Evidence
Bila pelanggan baru nak cuba produk atau servis anda, mereka perlukan sesuatu yang boleh ‘nampak’ atau ‘rasa’ dulu.
Contoh:
Reka bentuk pembungkusan
User interface website atau app
Review dari pelanggan
Cawan, kotak, atau baucar berjenama
Contoh jenama: Starbucks gunakan cawan berjenama, muzik dan reka bentuk kedai untuk hasilkan pengalaman pelanggan yang konsisten di seluruh dunia.
Gunakan 7Ps Untuk Rancang Strategi Pemasaran Anda
Model 7Ps Marketing Mix bukan saja bantu merancang strategi—tapi juga bantu laksana dan kekalkan konsistensi jenama di mata pelanggan.
Kalau anda dalam sektor perkhidmatan, People, Process dan Physical Evidence akan jadi sangat penting.
Mulakan dengan satu elemen, bina perlahan-lahan, dan lihat bagaimana strategi anda jadi lebih tersusun dan berimpak!
Sumber: Digital Marketing Institute
Ikuti Kami Di: