Pelancaran kesembilan roket SpaceX Starship berakhir dengan kegagalan sekali lagi apabila roket Super Heavy meletup semasa cuba kembali mendarat di Teluk Mexico. Roket ini merupakan model pertama yang digunakan semula selepas pelancaran ketujuh sebelum ini.
Walaupun Starship berjaya mencapai orbit rendah Bumi dan membawa lapan dummy satelit Starlink, kegagalan pintu kargo untuk berfungsi serta kebocoran tangki bahan api menyebabkan kapal angkasa itu hilang kawalan dan musnah di Lautan Hindi semasa cuba kembali ke Bumi.
Ini merupakan kali ketiga pelancaran Starship gagal pada tahun 2025, selepas dua pelancaran terdahulu turut meletup dan menjejaskan laluan penerbangan komersial berhampiran Turks and Caicos.
Kegagalan ini terus menjejaskan kelayakan Starship untuk menyertai Misi Artemis III NASA yang dijadualkan menghantar manusia ke bulan pada 2027, dan juga menyebabkan pembatalan misi pelancongan angkasa Dear Moon oleh Yusaku Maezawa.