Juara Dunia Call of Duty, ‘Attach' Umum Persaraan Selepas 11 Tahun Bertanding

Juara Dunia Call of Duty, ‘Attach’ Umum Persaraan Selepas 11 Tahun Bertanding

Legenda Call of Duty, Dillon ‘Attach’ Price, mengumumkan persaraannya daripada arena kompetitif selepas lebih satu dekad menyinar dalam dunia e-sukan.

Attach, yang mencipta sejarah sebagai juara dunia Call of Duty termuda ketika berusia 18 tahun, berkongsi berita itu di akaun X miliknya pada 26 Mei 2025. Beliau menyatakan bahawa sudah tiba masanya untuk “menggantung jersi” selepas 11 tahun penuh pengalaman, kejayaan dan kenangan manis.

“Sejak kali pertama saya bermain permainan ini, saya terus jatuh cinta. Saya pernah berangan untuk menjadi pemain profesional, dan saya bersyukur kerana impian itu menjadi kenyataan,” ujar Attach dalam kenyataannya.

Karier yang Penuh Detik Gemilang

Attach mula mencipta nama apabila menjuarai Call of Duty World Championship 2015 bersama Denial eSports, menjadikannya juara dunia termuda dalam sejarah CoD. Kejohanan itu berlangsung di Los Angeles, California, dan menjadi titik tolak kepada kejayaannya dalam industri e-sukan.

Sepanjang kariernya, Attach pernah menyarung jersi beberapa organisasi besar seperti FaZe Clan, Minnesota RØKKR, dan yang terbaru, Cloud9 New York.

Antara pencapaian terbaiknya dalam lima tahun terakhir termasuk:

  • Juara CDL 2021 Stage 5 Major bersama Minnesota RØKKR

  • Tempat ketiga di CDL 2023 Stage 2 dan Stage 5 Major

Pertandingan terakhirnya adalah dalam CDL 2025: Stage 3 Major, di mana pasukannya, Cloud9 New York, tewas kepada FaZe Atlanta dengan keputusan 0-3.

Langkah Seterusnya

Walaupun Attach belum mendedahkan secara rasmi rancangan masa depannya, ramai peminat menjangkakan beliau akan lebih aktif dalam penciptaan kandungan dan penstriman, memandangkan beliau sudah mempunyai lebih 334,000 langganan di YouTube dan 256,000 pengikut di Twitch.

“Saya bertuah kerana dapat meraih gelaran dunia dan menikmati pelbagai kejayaan sepanjang karier. Kini, saya bersedia untuk melangkah ke fasa baharu dan berdepan cabaran yang berbeza,” tambahnya lagi.

Persaraan Attach menandakan berakhirnya era seorang pemain ikonik Call of Duty, namun permulaan baru yang dinantikan oleh peminat di seluruh dunia.

Sumber: Esports Insider

Ikuti Kami Di:

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *