SRG.OG Hampir Sahkan Tempat ke Play-Off MPL MY Musim 15

SRG.OG Hampir Sahkan Tempat ke Play-Off MPL MY Musim 15

Selangor Red Giants OG Esports (SRG) semakin hampir melayakkan diri ke pusingan play-off Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia Musim ke-15 (MPL MY 15), selepas mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lapan perlawanan setakat minggu ketiga.

Menurut kenyataan rasmi dari MOONTON, SRG kini berada di kedudukan teratas liga dan hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk mengesahkan slot ke pusingan seterusnya. Mereka dijadualkan menentang Homebois pada hari Sabtu ini.

Dalam perlawanan minggu ketiga, Mid Laner SRG, Hazziq Danish Mohamad Rizwan atau lebih dikenali sebagai Stormie, mencuri tumpuan apabila menunjukkan prestasi cemerlang sekaligus membantu SRG mencatat kemenangan bersih ke atas pasukan Todak.

Adakah SRG akan kekal dominan sehingga ke peringkat akhir? Nantikan aksi mereka pada hujung minggu ini!

Sumber: Harian Metro, MPL MY S15

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *