PMSL SEA Spring 2025: HomeBois Hampir Ke Grand Finals, CDAL & SEM9 Terus Berjuang!

PMSL SEA Spring 2025: HomeBois Hampir Ke Grand Finals, CDAL & SEM9 Terus Berjuang!

Pusingan liga PMSL SEA Spring 2025 akhirnya melabuhkan tirai selepas hari penuh aksi dengan 8 perlawanan sengit! Pemain, caster, dan penonton pastinya melalui detik mendebarkan sepanjang kejohanan ini.

Dominasi Pasukan Indonesia, Wakil Malaysia Berjuang

Hari kedua menyaksikan pasukan Indonesia tampil dominan, menguasai perlawanan dan mengukuhkan kedudukan mereka. Malangnya, wakil Malaysia—CDAL, HomeBois, SEM9 & Todak—gagal mendapatkan match points dan menamatkan cabaran di pusingan liga.

Namun, HomeBois hampir mara ke Grand Finals dengan 2 WWCD, tetapi kekurangan 6 mata sahaja berbanding Stranger Esports menyebabkan mereka tersingkir. Sungguh mencabar, tetapi tetap membanggakan perjuangan mereka!

CDAL & SEM9 Mara ke Grand Finals!

Malaysia masih ada harapan menerusi CDAL dan SEM9, yang berjaya melayakkan diri ke Grand Finals! CDAL akan bermula dengan 20 mata kelebihan, manakala SEM9 dengan 5 mata.

Saksikan Grand Finals Secara Langsung!

Grand Finals PMSL SEA Spring 2025 akan diadakan secara offline di IOI Grand Exhibition & Convention Center, bermula Jumaat ini! Jom turun beramai-ramai dan berikan sokongan padu kepada wakil Malaysia

Sumber: PMSL 2025, Facebook ArkedMY

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *