Game Esports Paling Popular Pada Tahun 2025 Setakat Ini!

Game Esports Paling Popular Pada Tahun 2025 Setakat Ini!

Industri esports 2025 semakin rancak, dengan peningkatan besar dalam jumlah tontonan dan hadiah kemenangan.

Walaupun ada permainan yang terus mengadakan kejohanan besar, sebahagian daripadanya semakin merosot dari segi komitmen dan jumlah penonton.

Menurut Esports Charts, beberapa permainan telah menarik perhatian global dengan kejohanan yang menawarkan jutaan ringgit sebagai hadiah kemenangan.

Tiga Raja Esports: LoL, VALORANT & CS

Tidak mengejutkan, League of Legends (LoL) kekal sebagai permainan paling popular dalam dunia esports. Pada 13 Februari 2025, kejohanan LCK Cup 2025 mencatat hampir 2 juta penonton dalam satu masa.

Di tempat kedua, VALORANT mencatat 1.3 juta tontonan puncak ketika Masters Bangkok Grand Finals. Walaupun jumlah kejohanan lebih sedikit berbanding LoL, ia telah menawarkan jumlah hadiah lebih besar setakat ini, sekitar RM3.5 juta.

Sementara itu, Counter-Strike 2 (CS2) berada di kedudukan ketiga, dengan jumlah kejohanan terbanyak iaitu 10 kejohanan aktif. Secara keseluruhan, CS2 telah menawarkan hadiah kemenangan berjumlah RM17.5 juta, termasuk kejohanan terbesar di PGL Cluj-Napoca dan IEM Katowice 2025, yang masing-masing menawarkan RM6 juta.

2025: Tahun Kebangkitan Esports Mobile?

Daripada 10 permainan esports paling popular tahun ini, tiga daripadanya berasal dari platform mobile.

Permainan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), yang baru dilancarkan di China, kini berada di tangga keempat, mengatasi permainan terkenal seperti Apex Legends, Fortnite, dan Dota 2. Kejohanan Snapdragon Pro Series Season 6 APAC Challenge Finals berjaya menarik lebih 1 juta tontonan puncak.

Tahun 2024 juga merupakan tahun kejayaan untuk MLBB dengan 167 kejohanan, termasuk kejohanan terbesar EWC X MLBB Mid-Season Cup, yang menawarkan hadiah kemenangan sebanyak RM14 juta.

Satu lagi permainan mudah alih yang menonjol ialah Honor of Kings, sebuah lagi permainan MOBA 5v5. Walaupun tidak setanding dengan LoL dari segi populariti, ia menawarkan jumlah hadiah lebih besar, melebihi RM1.4 juta. Dengan 85 kejohanan dianjurkan pada 2024, tahun ini dijangka akan lebih meriah.

Permainan Esports Yang Mula Merosot

Selain daripada 10 permainan teratas, terdapat beberapa tajuk yang mengejutkan kerana kurang mendapat perhatian tahun ini.

Permainan baharu, Marvel Rivals, kini lebih popular berbanding Overwatch 2 dalam kategori permainan hero shooter.

Sebagai perbandingan:

  • Overwatch 2 hanya menawarkan RM300,000 hadiah kemenangan dengan 147,000 tontonan puncak.
  • Marvel Rivals, pula, telah memberikan hadiah sebanyak RM900,000 dan mencatat 175,000 tontonan puncak.

Selain itu, permainan lain seperti Call of Duty, Rocket League, Street Fighter, dan Free Fire berada di kedudukan ranking 11 hingga 20.

Namun, dengan pelancaran Esports World Cup 2025, beberapa permainan ini mungkin akan kembali menarik perhatian dan mengalami kebangkitan semula.

Sumber: Esports Insider, Esports Charts.

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *