Sempena ASEAN Summit, OpenAI mendedahkan peningkatan ketara penggunaan ChatGPT di Asia Tenggara. Secara global, perkhidmatan ini kini mencatat 500 juta pengguna aktif mingguan dan 2 juta pelanggan perniagaan berbayar.
Di rantau ini, Vietnam dan Thailand mendahului dengan lonjakan penggunaan melebihi 700% berbanding tahun lalu. Malaysia pula berada di tempat ketiga dengan peningkatan sebanyak 330%, manakala Indonesia disenaraikan sebagai salah satu daripada lima negara teratas dengan bilangan pengguna mingguan tertinggi di dunia.
Di Asia Tenggara, ChatGPT paling kerap digunakan dalam pendidikan, penulisan, penyuntingan, dan terjemahan, khususnya oleh golongan usia 18 hingga 34 tahun. Ini menunjukkan bahawa AI semakin berperanan penting dalam dunia pembelajaran dan perniagaan.
Buat masa ini, OpenAI masih belum mendedahkan angka pengguna spesifik untuk ChatGPT.