Homebois, salah satu gergasi esports Malaysia, telah mengumumkan divisi eFootball mereka untuk Malaysia eFootball League (MeFL) 2025. Yang menarik perhatian, Hykarl Ukasyah Mohamad Azahar, Eksekutif Pemasaran Digital di Laman Teknologi, kini bergelar pemain divisi Console Homebois bersama Haikal dan Keron.
Divisi Mobile pula dibarisi pemain berbakat seperti Gege, Invincibles, dan Billy, menunjukkan kesungguhan Homebois untuk mendominasi kedua-dua platform eFootball. Pengumuman rasmi ini dibuat melalui Instagram Homebois pada 13 Januari, selepas pengasasnya, Daddyhood, memberikan petunjuk awal tentang kehadiran divisi baru.
Dengan gabungan pemain berpengalaman, Homebois dijangka mencipta impak besar dalam MeFL 2025, sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena esports Malaysia.
Laman Teknologi mengucapkan selamat maju jaya buat Hykarl dan Homebois untuk musim yang penuh cabaran ini!