Dalam dunia pemasaran digital, semakin banyak anda tahu tentang audiens anda, semakin mudah untuk menarik perhatian mereka dan mengubah mereka menjadi pelanggan. Di sinilah konsep audience listening memainkan peranan penting.

Maksud Audience Listening
Audience listening bermaksud memantau perbualan di pelbagai saluran digital seperti laman web, blog, portal berita dan media sosial, untuk mengetahui apa yang orang katakan tentang jenama anda, produk anda, atau pesaing anda.
Dengan cara ini, anda boleh kumpul insight yang berguna bagi membentuk strategi pemasaran yang lebih tepat, serta memahami persepsi orang ramai terhadap jenama anda.
Bezanya Audience Listening dan Social Listening
Ramai yang menganggap social listening sebagai satu-satunya bentuk pemantauan audiens. Tapi sebenarnya, social listening hanyalah sebahagian daripada audience listening. Social listening fokus kepada perbualan di media sosial sahaja.
Sebaliknya, audience listening mencakupi seluruh ekosistem digital, termasuk forum, laman berita, dan blog. Dengan ini, anda boleh dapat gambaran yang lebih luas dan menyeluruh tentang tanggapan orang terhadap jenama anda.
Kelebihan Audience Listening
Melalui audience listening, anda boleh:
Jejak sebutan jenama dan produk anda di pelbagai platform.
Pantau pesaing dan perkembangan produk baru mereka.
Cari idea baharu untuk kandungan, kempen dan mesej pemasaran.
Fahami keperluan dan minat audiens, lalu sesuaikan produk dan perkhidmatan.
Tingkatkan strategi pemasaran berasaskan data sebenar dan relevan.
Strategi Audience Listening Yang Berkesan

Untuk melaksanakan audience listening dengan berkesan, gunakan gabungan kaedah berikut:
1. Penyelidikan Pasaran
Gunakan laporan sedia ada daripada pihak ketiga seperti Statista, Nielsen, atau Think with Google. Ia cepat dan lebih murah, tetapi data mungkin tidak spesifik kepada perniagaan anda.
2. Tinjauan & Soal Selidik
Gunakan alat seperti SurveyMonkey, Google Forms atau Typeform untuk dapatkan maklumat terus daripada pelanggan. Data yang dikumpul sangat bernilai kerana datang daripada pelanggan sebenar.
3. Analitik Tingkah Laku
Gunakan alat seperti Google Analytics dan Hotjar untuk fahami bagaimana pengguna berinteraksi dengan laman web atau aplikasi anda. Data carian seperti dari Google Trends juga boleh beri gambaran apa yang pengguna cari.
4. Penyelidikan Etnografi
Ini melibatkan pemerhatian langsung terhadap pengguna dalam persekitaran sebenar mereka, contohnya bagaimana mereka guna produk anda di rumah. Gabungkan kaedah ini dengan penyelidikan digital untuk hasil terbaik.
5. Media Sosial
Gunakan insight dari Facebook, Instagram, X, TikTok dan lain-lain untuk analisa demografi, minat, dan respons audiens anda. Anda juga boleh guna alat seperti Hootsuite, Mention atau Brandwatch untuk pantau perbualan dan trend.
Hati-Hati Bila Mendengar Suara Audiens
Walaupun mendengar suara pelanggan itu penting, tidak semua interaksi memberi hasil yang positif. Contohnya, apabila sebuah jenama kesihatan bertindak balas terlalu agresif terhadap video tular yang mengkritik produknya, ia mencetuskan lebih banyak persoalan daripada penyelesaian.
Reaksi yang terlalu keras kadangkala boleh menjejaskan reputasi jenama, walaupun kritikan asal tidak berasas. Oleh itu, berhati-hatilah dalam pengurusan krisis.
Alat Audience Listening Terbaik
Alat Tinjauan & Maklum Balas
Google Forms, SurveyMonkey, Typeform, Qualtrics, Jotform
Penyelidikan Pasaran & Analisis Trend
Google Trends, Exploding Topics, Think with Google, Statista, YouGov
Analitik Tingkah Laku
Google Analytics, Hotjar, Microsoft Clarity, Mixpanel, Crazy Egg
Penyelidikan Etnografi
dscout, Recollective, Indeemo, Lookback, EthOS
Social Listening
Hootsuite, Google Alerts, Brandwatch, SparkToro, Mention
Kesimpulan
Menguasai seni audience listening ialah kunci untuk memahami pelanggan, membina kepercayaan dan menghasilkan mesej yang memberi impak.
Dengan mendengar suara dan emosi audiens, anda boleh menyesuaikan pendekatan pemasaran agar lebih dekat dengan keperluan sebenar pelanggan. Komunikasi yang berkesan bermula dengan kefahaman yang mendalam.
Sumber: Digital Marketing Institute
Ikuti Kami Di: