Samsung Bakal Guna Teknologi AI Perplexity Dalam Telefon Pintarnya?

Samsung Bakal Guna Teknologi AI Perplexity Dalam Telefon Pintarnya?

Samsung dilaporkan semakin hampir untuk melabur dalam startup carian berasaskan AI, Perplexity, sekaligus membuka peluang untuk mengintegrasikan teknologi AI tersebut ke dalam peranti pintar Samsung, menurut laporan Bloomberg yang memetik sumber terdekat.

Sebagai salah satu pelabur utama dalam pusingan pembiayaan terbaru Perplexity, Samsung dikatakan sedang berbincang untuk menyediakan aplikasi dan pembantu AI Perplexity secara pratetap dalam telefon pintar keluarannya. Selain itu, ciri carian Perplexity juga berkemungkinan akan diintegrasikan ke dalam pelayar web utama Samsung.

Menurut laporan tersebut, kedua-dua syarikat juga sedang meneliti kemungkinan untuk menggabungkan teknologi AI Perplexity ke dalam beberapa ciri pembantu maya Samsung iaitu Bixby. Perkongsian strategik ini dijangka akan diumumkan secara rasmi tahun ini.

Setakat ini, wakil dari kedua-dua pihak – Samsung dan Perplexity – masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara ini.

Bloomberg turut melaporkan bahawa Perplexity kini dalam proses mengumpul dana sebanyak USD500 juta (sekitar RM2.35 bilion) dengan penilaian syarikat mencecah USD14 bilion (lebih RM65 bilion).

Samsung bukan satu-satunya syarikat teknologi yang menunjukkan minat terhadap Perplexity. Sebelum ini, Apple juga dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menjadikan Perplexity sebagai salah satu pilihan enjin carian dalam pelayar Safari. Sementara itu, pada April lalu, Motorola turut mengumumkan kerjasama bersama Perplexity untuk membangunkan ciri AI dalam perantinya.

Teruskan ikuti Laman Teknologi untuk perkembangan terkini dunia AI dan teknologi pintar!

Sumber: TechCrunch

Ikuti Kami Di:

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *