Apple telah mengesahkan bahawa acara tahunan Worldwide Developers Conference (WWDC) 2025 akan berlangsung dari 9 hingga 13 Jun 2025. Acara utama atau keynote dijadualkan berlangsung pada 10 malam waktu Malaysia pada 9 Jun.
Seperti biasa, Apple dijangka mengumumkan pelbagai pembaharuan kepada barisan sistem operasinya, termasuk iOS, iPadOS, macOS, watchOS, tvOS dan visionOS. Tumpuan utama kali ini dikatakan adalah pada usaha menyatukan reka bentuk antara pelbagai peranti dan platform agar lebih seragam dan konsisten.
Tahun ini, Apple dikatakan bakal melakukan rombakan besar terhadap reka bentuk sistem operasinya. Langkah ini bertujuan untuk menyelaraskan antara antara muka (interface) di pelbagai peranti agar kelihatan lebih seragam dan konsisten. Terdapat juga khabar angin bahawa Apple mungkin akan mengubah penamaan sistem operasi mereka.
Buat para pembangun pula, Apple dikatakan akan memperkenalkan alat bantu pembangunan berasaskan AI hasil kerjasama dengan Anthropic. Alat ini dijangka menjadi sebahagian daripada versi baharu dalam rangkaian pembangunan Xcode mereka — satu langkah besar dalam mempercepatkan pembangunan perisian menggunakan teknologi kecerdasan buatan.
Ikuti semua perkembangan dan pengumuman penting WWDC 2025 hanya di Laman Teknologi.
Sumber: TechCrunch
Ikuti Kami Di: