5 E-Sukan Terkubur Yang Wajib Dibangkitkan Semula Pada Tahun 2025!

5 E-Sukan Terkubur Yang Wajib Dibangkitkan Semula Pada Tahun 2025!

Setiap permainan kompetitif mengimpikan untuk menjadi esukan tier satu, yang mampu memenuhi stadium, menarik jutaan penonton, dan menginspirasi generasi pemain baharu. Tetapi sebenarnya, terdapat banyak lagi e-sukan lain yang gagal. Permainan-permainan esukan yang terlupa ini selalunya tenggelam kerana kurangnya sokongan pembangun, kehilangan minat pemain, serta kegagalan menjana keuntungan.

Gelembung esukan kini telah pecah, menyebabkan banyak organisasi profesional mengurangkan pelaburan mereka. Pemotongan bajet, pemberhentian pekerja dan penutupan liga menjadi perkara biasa, sekaligus meninggalkan banyak permainan tanpa infrastruktur untuk mengekalkan adegan kompetitif.

Namun, peralihan ini juga membuka ruang untuk esukan yang digerakkan oleh komuniti kecil. Permainan dengan pemain yang masih setia dan sokongan akar umbi berpotensi menghidupkan kembali e-sukan yang telah ditamatkan ini.

Apa Ciri-Ciri Permainan Yang Layak Diangkat Semula Sebagai Esukan?

Tak semua permainan sesuai dijadikan esukan. Tapi banyak syarikat pembangun cuba memaksa produk mereka menjadi fenomena kompetitif, dan akhirnya lari bila ia tak beri pulangan seperti dijangka.

Permainan lama yang telah dilupakan masih boleh bertahan jika komuniti dan pemain masih menyokong. Lihat sahaja kejayaan seperti Smash Bros Melee, CS 1.6, dan Starcraft: Brood War, mereka kekal hidup walaupun tanpa sokongan rasmi.

Faktor penting:

  1. Pemain aktif – Komuniti dan tontonan adalah nadi esukan.

  2. Sokongan pembangunPatch, update, dan kejohanan perlu untuk terus relevan.

  3. Monetisasi mampan – Penajaan, pembelian dalam permainan dan hak media membantu dana kejohanan.

  4. Gameplay unik – Sesuatu yang berbeza akan sentiasa menarik perhatian.

5 Esukan Yang Perlu Kembali Pada 2025

Legends of Runeterra

  • Tahun pelancaran: 2020

  • Adegan kompetitif: Kejohanan bermusim & Dunia

  • Sorotan: World Championship dengan hadiah $200,000

Runeterra hadir sebagai nafas segar dalam genre kad digital. Mekanik unik seperti spell mana dan gameplay reaktif menarik minat ramai, ditambah pula dengan model free-to-play yang mesra pemain.

Namun, Riot menghentikan mod kompetitif kerana ia tidak menguntungkan. Ranked rewards dibuang, Runeterra Open dimansuhkan, dan mereka fokus kepada Path of Champions (PvE). Keputusan ini membunuh e-sukan Runeterra.

Dengan sedikit pelaburan semula, LoR mampu hidup kembali seperti mana Marvel Snap membuktikan genre ini masih relevan. Runeterra mempunyai visual yang cantik dan gameplay yang menghiburkan menyebabkan ia sesuai ditonton sebagai e-sukan.

GunZ: The Duel

  • Tahun pelancaran: 2003

  • Adegan kompetitif: PvP & Clan Wars

  • Sorotan: K-style, LAN Korea, Private Servers

GunZ ialah permainan third-person shooter dengan elemen aksi parkour. Teknik “K-style”, glitch yang menjadi ciri utama dapat memberikan permainan ini skill gap yang sangat tinggi.

Komuniti sangat aktif, tetapi masalah seperti pay-to-win, cheat, dan sokongan lemah menyebabkan ia jatuh. GunZ 2 pula gagal mengekalkan identiti asal.

Kini, GunZ hidup dalam private server dengan komuniti tegar. Jika diberi nafas baru melalui Steam dan anti-cheat yang lebih baik, GunZ mampu menarik semula perhatian dan menjadi e-sukan klasik moden.

Battlerite

  • Tahun pelancaran: 2016 (EA), 2017 (Full)

  • Adegan kompetitif: Arena brawler 2v2 & 3v3

  • Sorotan: Battlerite Pro League, Terkenal di platform Twitch

Battlerite buang elemen MOBA yang kompleks, fokus kepada pertarungan pantas dan skill sepenuhnya. Ia senang ditonton dan menyeronokkan, tetapi kekurangan kandungan baharu menyebabkan ia cepat rasa “kosong”.

Kesilapan terbesar? Mereka buat Battlerite Royale, spin-off battle royale yang membunuh momentum dan komuniti asal.

Hari ini, player harian boleh kira dengan jari. Namun, Battlerite masih ada potensi. Jika Stunlock Studios bangkit dengan update dan fokus kepada komuniti, ia boleh menjadi alternatif kepada Brawl Stars untuk arena brawler yang serius.

Gears 5

  • Tahun pelancaran: 2019

  • Adegan kompetitif: Tactical cover shooter

  • Sorotan: Gears Pro League, Mexico City Events

Gears 5 cuba menghidupkan kembali francais dengan struktur e-sukan yang jelas. Ada liga rasmi, kejohanan terbuka dan ranking.

COVID-19 memberi tamparan hebat – banyak acara dibatalkan, pemain bersara, dan akhirnya e-sukan Gears 5 dihentikan pada 2022.

Namun, komuniti masih hidup melalui kejohanan tidak rasmi. Jika versi baru Gears dilancarkan dengan struktur e-sukan, ia boleh kembali sebagai e-sukan yang menarik untuk penonton dan pemain kompetitif.

Team Fortress 2

  • Tahun pelancaran: 2012

  • Adegan kompetitif: Komuniti, grassroots

  • Sorotan: ESEA, RGL, ETF2L, DreamHack

TF2 adalah permainan klasik dengan identiti tersendiri. Walaupun dikenali sebagai kasual, ia pernah menjadi antara permainan kompetitif terawal dengan format 6v6 dan Highlander.

Valve akhirnya berhenti menyokong, dan komuniti ambil alih. Kejohanan komuniti seperti ETF2L dan RGL terus hidup.

Kini, Valve lepaskan kod sumber TF2. Ini beri peluang kepada komuniti untuk bina semula permainan ini mengikut acuan mereka sendiri — dari anti-cheat hingga matchmaking. TF2 sedang bersedia untuk kelahiran semula oleh tangan-tangan peminatnya sendiri.

Boleh ke E-sukan Ini Kembali?

Semua permainan ini masih ada komuniti aktif dan pemain kompetitif yang komited. Walaupun tanpa bantuan pembangun, semangat mereka kekal hidup melalui kejohanan komuniti.

  • GunZ hidup melalui private server, dan berpotensi release di Steam.

  • Legends of Runeterra masih ada gameplay kad yang unik dan menarik untuk ditonton.

  • Gears 5 mungkin bangkit semula melalui versi seterusnya.

  • Battlerite hanya perlukan nafas baru dan kemas kini konsisten.

  • TF2 kini milik komuniti – dan itu mungkin peluang terbaik untuk kembali.

Penstriman dan kandungan video turut bantu menghidupkan permainan lama. Tapi untuk benar-benar bangkit, perlu pelaburan dari segi infrastruktur, pemasaran dan penyesuaian gameplay untuk pemain moden.

Penutup

Industri permainan sentiasa berubah. Trend boleh bertukar, dan ruang untuk permainan lama kembali sentiasa terbuka.

GunZ menonjol dengan mekanik yang kompleks, Battlerite sesuai isi ruang arena brawler, manakala LoR masih boleh bersaing dalam genre kad digital. TF2 pula boleh kembali sebagai e-sukan grassroots terbaik jika komuniti terus sokong.

Akhirnya, kejayaan semua ini terletak pada kekuatan komuniti, kesediaan menarik minat baru, dan kesetiaan kepada identiti asal permainan tersebut.

Soalan Lazim

Kenapa esukan boleh dihentikan?
Kerana kurang pemain, sokongan pembangun, strategi pemasaran yang lemah, atau saingan daripada permainan lain.

Apa esukan paling popular yang sudah dihentikan?
Heroes of the Storm oleh Blizzard adalah antara yang paling dikenali sebelum dihentikan pada 2018.

Apa jadi pada Envy esports?
Mereka bergabung dengan OpTic Gaming pada 2021 dan kini dikenali sebagai OpTic.

Kenapa Overwatch dihentikan?
Overwatch digantikan dengan Overwatch 2, tapi pembatalan mod PvE dan perubahan gameplay menyebabkan ramai peminat kecewa.

Sumber: Esports Insider, Play Runeterra

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *