Todak Sah Wakili Malaysia ke WEC MLBB 2025!

Todak Sah Wakili Malaysia ke WEC MLBB 2025!

Pasukan e-sukan terkenal negara, Todak, berjaya mengesahkan tempat ke Kejohanan Dunia E-sukan (WEC) Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) 2025 selepas muncul juara dalam pusingan kelayakan yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam format liga sepusingan tersebut, Team Vamos turut mengutip lima mata, namun kemenangan berpihak kepada Todak dalam pertembungan antara mereka menjadikan Todak berada di kedudukan teratas liga dan seterusnya layak secara automatik.

Pasukan lain seperti Homebois dan DX Soul juga memberikan saingan, namun kekuatan dan pengalaman pasukan Todak nyata memberi kelebihan besar kepada mereka untuk mendominasi.

Menurut kenyataan rasmi daripada Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF), pencapaian ini membuktikan keupayaan bakat tempatan bersaing di peringkat antarabangsa.

“Ini bukan sekadar kejayaan biasa. Malaysia akan tampil dengan pasukan terbaik di WEC 2025,” jelas MESF di laman sosial mereka.

Todak kini memikul tanggungjawab besar sebagai wakil tunggal negara, khususnya untuk mempertahankan reputasi yang telah dibina oleh Selangor Red Giants (SRG) dan JP Niners dalam edisi sebelum ini.

Terdahulu, SRG.OG membuat keputusan menarik diri daripada aksi kelayakan kali ini bagi memberi fokus kepada beberapa kejohanan lain yang akan datang, serta mengelakkan sebarang kesilapan berulang.

Dengan semangat dan persiapan rapi, semua mata kini tertumpu kepada langkah Todak dalam membawa nama Malaysia ke pentas dunia!

Sumber: Harian Metro, Buletin TV3, wtmtoday

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *