Thibaut Courtois Jalin Kerjasama dengan Hab Esukan dan Sukan di UK

Thibaut Courtois Jalin Kerjasama dengan Hab Esukan dan Sukan di UK

Penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois, kini secara rasmi menjalinkan kerjasama dengan Federation of Sport, sebuah hab sukan dan esukan yang berpangkalan di Hull, United Kingdom — sekaligus menjadi pelaburan pertamanya di UK.

Federation of Sport yang terletak di Old Town, Hull, menampilkan pelbagai fasiliti interaktif termasuk ruang permainan khas dengan konsol Xbox dan PlayStation, rig simulasi perlumbaan profesional untuk pengalaman GT dan kereta roda terbuka, simulator golf dalam bangunan serta permainan dart interaktif.

Menurut Courtois, kerjasama ini adalah usaha untuk menggalakkan belia keluar dari bilik dan berinteraksi dalam persekitaran positif melalui sukan simulasi dan esukan.

“Saya minat dengan dunia sim racing dan esukan. Ini adalah peluang untuk beri inspirasi kepada anak muda supaya bersaing dan berhubung dalam suasana yang sihat,” katanya kepada Hull Daily Mail.

Walaupun ini merupakan kerjasama pertamanya di UK, Courtois bukanlah asing dalam dunia esukan. Pada November 2024, beliau melancarkan TC Esports, organisasi yang kini aktif dalam arena sim racing serta bersaing dalam Prodigy Racing League — satu platform untuk membuka laluan kepada pelumba simulasi ke perlumbaan sebenar.

Populariti sim racing semakin meningkat sejak pandemik COVID-19 dan terus mendapat perhatian daripada nama besar seperti juara dunia F1 empat kali, Max Verstappen dan pasukannya, Oracle Red Bull Racing.

Sim racing juga akan dipertandingkan dalam Esports World Cup 2025 di Riyadh, Arab Saudi menerusi kejohanan yang dianjurkan oleh RENNSPORT R1 — menunjukkan masa depan cerah buat sukan simulasi ini.

Sumber: Esports Insider

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *