Tyson ‘TenZ’ Ngo kini rasmi kembali ke arena kompetitif VALORANT, menyertai pasukan akademi Sentinels, iaitu Cubert Academy, sebagai pemain gantian sementara.

TenZ menggantikan Logan ‘skuba’ Jenkins yang baru sahaja dipindahkan ke pasukan NRG. Beliau akan bermain bersama Cubert Academy sehingga pengganti tetap ditemui.
Debut TenZ dalam kejohanan VCT Challengers akan bermula pada peringkat Playoff Stage 2, di mana beliau turut akan melakukan streaming (POV) secara langsung melalui saluran Twitch miliknya.
“Saya akan beraksi sebagai pemain gantian untuk Cubert Academy semasa playoff, dan stream POV saya akan tersedia di saluran saya. Masa untuk debut dalam Challengers,” kata TenZ menerusi platform X (Twitter).
Aksi Pertama TenZ dan Sambutan Peminat
Perlawanan pertama TenZ bersama Cubert Academy adalah menentang Winthrop University pada 20 Mei, dalam format best-of-three. Pertarungan ini dijangka menarik tontonan tinggi, memandangkan peminat amat teruja dengan kemunculan semula legenda VALORANT ini.
Perlawanan akan disiarkan secara langsung melalui saluran rasmi Twitch dan YouTube VCT North America, selain turut disertai oleh beberapa watch party yang dianjurkan oleh pencipta kandungan popular.
Kepulangan Sementara Sang Legenda
TenZ sebelum ini mengumumkan persaraannya daripada dunia kompetitif VALORANT pada tahun 2024, namun kekal bersama Sentinels sebagai content creator. Kini, beliau kembali beraksi, walaupun bersifat sementara.
“Nampaknya dia kembali! Bila Sentinels perlukan super sub, hanya satu nama yang akan dipanggil – @TenZOfficial!”, kata CEO Sentinels, Rob Moore, menyambut kepulangan TenZ.
Cubert Academy akan memulakan saingan playoff di peringkat Suku Akhir Upper Bracket, dalam format double-elimination. Walaupun mereka telah layak ke Challengers North America Stage 3, pasukan ini tidak akan memperoleh sebarang mata kelayakan untuk VCT Ascension Americas 2025.
Ini kerana pasukan akademi dari organisasi VCT yang sudah berkerjasama seperti Sentinels tidak layak untuk menyertai kejohanan Ascension. Namun begitu, Cubert Academy turut kebal daripada penyingkiran, tidak seperti pasukan-pasukan lain di kedudukan bawahan Challengers.
Sumber: Esports Insider
Jangan Lupa Ikuti Kami Di: