Tenaga Solar di Rumah: Pelaburan Bijak atau Pembaziran?

Tenaga Solar di Rumah: Pelaburan Bijak atau Pembaziran?

Pemasangan panel solar di rumah kini semakin popular di Malaysia. Namun, adakah ia benar-benar pelaburan bijak atau cuma pembaziran wang?

Menurut MIDA, sistem solar rumah menelan kos sekitar RM4,000–5,000 per kWp, tetapi mampu kurangkan bil elektrik secara signifikan dan memberi pulangan dalam jangka panjang. Contohnya apabila seseorang pengguna memasang sistem 8 kW dengan kos RM30,000, bil elektrik jatuh dari RM800–1,300 ke hanya RM50–90 sebulan selepas pemasangan, pure win!

Dasar seperti Net Energy Metering (NEM) membolehkan pengguna menjana kredit apabila elektrik terhasil melebihi penggunaan, dan jadual insentif seperti SOLARIS rebate (RM4,000) turut membantu kurangkan kos awal.

Kajian oleh MDPI pula menunjukkan tenaga solar menyumbang penjimatan besar, pengurangan pelepasan karbon dan peningkatan keselamatan bekalan tenaga. Walaupun ada cabaran seperti kos awal tinggi, isu teknikal (contohnya penyelenggaraan inverter) dan struktur bumbung perlu diambil kira .

Kesimpulannya, tenaga solar adalah pelaburan jangka panjang yang berbaloi terutama untuk mereka yang kerap menggunakan elektrik, tinggal di kawasan bandar, dan bersedia menanggung kos awal. Model NEM serta insentif kerajaan menjadikan ROI boleh dicapai dalam masa 5–10 tahun. Namun, bagi rumah kecil atau kekangan struktur bumbung, mungkin kurang praktikal.

 

Sumber: MalaysianPF, MIDA.

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *