Peranti Android Kalau Tak Buat Kat AS, Kena Tarif 25%

Peranti Android Kalau Tak Buat Kat AS, Kena Tarif 25%

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa semua peranti, termasuk iPhone, yang tidak dikilangkan di Amerika berkemungkinan akan dikenakan tarif minimum sebanyak 25%. Dalam sidang media terbarunya, beliau turut menyebut bahawa syarikat pengeluar Android seperti Samsung tidak akan dikecualikan daripada dasar tersebut jika tidak mematuhi arahan tersebut.

Walaupun tiada tarikh akhir diumumkan, tindakan ini dilihat sebagai tekanan terhadap syarikat teknologi untuk memindahkan operasi pengeluaran mereka ke dalam negara. Usaha membina kilang dan mewujudkan rangkaian bekalan tempatan dijangka mengambil masa bertahun-tahun, menjadikan syarikat berdepan dilema besar dalam merancang strategi pengeluaran mereka.

Apple sebelum ini telah mengambil langkah awal dengan mengalihkan sebahagian besar proses pengilangan mereka dari China ke negara seperti India dan Vietnam, khusus untuk produk yang akan dipasarkan di Amerika. Namun, pengumuman baharu ini turut memberi kesan besar kepada pengeluar lain seperti Samsung, Nothing, Motorola dan OnePlus yang selama ini bergantung kepada pasaran Amerika sebagai pasaran utama mereka.

 

Sumber: Amanz

Ikuti Kami:

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *