Call of Duty: World Series of Warzone (WSOW) kembali untuk edisi 2025, menampilkan pertarungan trio terbaik dunia dalam merebut hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM4.7 juta (~USD1 juta).

Musim baharu WSOW ini akan menyaksikan pusingan kelayakan bermula secara global pada 20 Jun menerusi In-Game Open, sebagai langkah awal pemain untuk menempah tempat ke Grand Final WSOW.
Musim 2025 akan berlangsung di peta Verdansk, peta asal Warzone yang telah diperkenalkan semula pada bulan lepas.
Format Pertandingan WSOW 2025
Menurut format rasmi kejohanan, pemain dari Amerika Utara dan EMEA boleh mula bersaing dalam pusingan kelayakan terbuka pada 20 hingga 22 Jun. Sepuluh markah terbaik akan dikira bagi menentukan skor pasukan, dan 100 trio terbaik dari setiap rantau akan mara ke peringkat Group Play Gauntlet.
Sepanjang peringkat kumpulan yang berlangsung antara 7 hingga 16 Julai, pasukan akan dibahagikan kepada empat kumpulan dan bertarung dalam sistem lima perlawanan silang kumpulan.
Seterusnya:
25 pasukan teratas akan mara ke Qualifier Finals pada 17 Julai.
10 pasukan tercorot akan disingkirkan sepenuhnya.
Baki pasukan pula akan diberi peluang kedua dalam Last Chance Qualifier (LCQ) yang dijadualkan berlangsung pada Ogos.
Kelayakan Rantau APAC dan LATAM
Bagi rantau Asia Pasifik (APAC), LATAM Utara dan Selatan, pasukan akan bertarung melalui Perlawanan Peribadi Dalam Talian untuk menentukan:
1 wakil dari APAC
3 dari LATAM Selatan
4 dari LATAM Utara
Pusingan Akhir Rantau (Regional Finals) akan menentukan 15 wakil terbaik dari setiap rantau ke Grand Final WSOW. Bagi pasukan yang gagal mara secara langsung, mereka akan mendapat peluang terakhir melalui LCQ, di mana 5 pasukan tambahan serta 1 pasukan wildcard akan dipilih.
Tahun lalu, Grand Final WSOW diadakan di Las Vegas, menyaksikan 34 pasukan terbaik dunia bersaing merebut hadiah RM4.4 juta (~USD950,000). Kejohanan itu dimenangi oleh Team Falcons, diwakili oleh Andrew ‘Biffle’ Diaz, Kasimili ‘Soka’ Tongamoa dan Shifty.
Maklumat lanjut mengenai acara akhir WSOW 2025 akan diumumkan tidak lama lagi.
Sumber: Esports Insider
Ikuti Kami Di: