SRG.OG Atasi Populariti Selangor FC, Jadi Wajah Global E-sukan Selangor

SRG.OG Atasi Populariti Selangor FC, Jadi Wajah Global E-sukan Selangor

Pasukan esukan Selangor Red Giants (SRG.OG) kini mencuri perhatian dengan kejayaan dan pengaruh yang mengatasi pasukan bola sepak Selangor FC, menurut CEO-nya, Dr. Johan Kamal Hamidon.

Meskipun Selangor FC pernah melangkah ke pentas Asia, SRG.OG berjaya mencipta impak lebih besar di arena global — khususnya sejak Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, mengambil alih pengurusan SRG.OG.

Menurut Dr. Johan, Tengku Amir Shah mahu menjadikan jenama Selangor sebagai ikon global, dan melihat esukan sebagai saluran pantas untuk mengangkat bakat tempatan ke tahap antarabangsa. Visi tersebut direalisasikan apabila SRG.OG menjadi pasukan Malaysia pertama menjuarai Kejohanan Mid Season Cup Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) 2024.

“Bola sepak ambil masa lebih lama untuk tembus pentas global, jadi Tengku kembangkan visi itu ke dalam esukan melalui SRG, dan kini terbukti hasilnya lebih cepat dan besar,” jelasnya.

Kolaborasi SRG dengan OG Esports turut memainkan peranan besar dalam menembusi pasaran antarabangsa. CEO OG Esports, Daniel Sanders, berkata mereka memilih SRG sebagai rakan strategik kerana kekuatan pengaruhnya di Asia Tenggara, khususnya di Malaysia yang menyumbang lebih 40% peminat OG.

“Kami perlukan rakan yang benar-benar faham pasaran ini, dan SRG dengan latar belakang profesionalismenya dalam dunia sukan terbukti menjadi pilihan ideal,” katanya.

SRG.OG kini bukan sekadar pasukan esukan – tetapi wajah baharu Selangor di pentas dunia.

Sumber: Harian Metro

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *