
Laravel sememangnya sudah cukup kuat sebagai rangka kerja PHP untuk bina aplikasi web. Tapi, tahukah anda bahawa anda boleh naikkan lagi tahap produktiviti dan fleksibiliti projek Laravel anda dengan bantuan beberapa framework tambahan? Dalam artikel ini, kita akan lihat 5 framework paling popular yang selalu digunakan bersama Laravel lengkap dengan fungsi utama dan sebab kenapa ia patut ada dalam toolkit anda.

1. Livewire – UI Dinamik Tanpa Pening Kepala JavaScript
Livewire memang best kalau anda seorang backend developer yang kurang mahir dengan JavaScript. Framework ini membolehkan anda bina UI yang interaktif secara langsung dalam Laravel Blade, tanpa perlu tulis satu baris pun JavaScript.
Apa yang Livewire boleh buat:
Bina antaramuka (UI) reaktif dalam Blade.
Terus sambungkan data dari backend ke frontend.
Guna validation dan routing Laravel macam biasa.
Kenapa best:
Sesuai sangat kalau anda nak jimat masa dan tak mahu pening dengan frontend stack.
Tak perlu cipta API asing untuk setiap komponen.
Kod lebih ringkas dan senang diurus.

2. Inertia.js – SPA Tapi Guna Laravel Sebagai Backend Sepenuhnya
Kalau anda nak hasilkan aplikasi Single Page Application (SPA) macam React atau Vue tapi tak nak susah-susah bina API sendiri, Inertia.js memang penyelamat. Ia jadikan Laravel backend boleh bercakap terus dengan komponen frontend anda, seolah-olah macam satu sistem penuh.
Fungsi menarik:
Integrasi terus Laravel dengan frontend moden (Vue, React, Svelte).
Navigasi smooth tanpa reload penuh halaman.
Props dihantar terus dari controller ke komponen frontend.
Kelebihan utama:
Tak perlu pengurusan API yang rumit.
Ideal untuk aplikasi moden seperti sistem pentadbiran, portal pengguna, e-dagang.
Logik routing dan auth masih guna Laravel sepenuhnya.

3. Laravel Sanctum – Penngesahan Yang Ringkas Tapi Power
Sanctum adalah pilihan ringan untuk buat sistem login, token API, atau pengesahan SPA. Tak macam Passport yang agak berat dan kompleks, Sanctum senang nak setup dan cukup untuk kebanyakan keperluan autentikasi.
Apa yang ditawarkan:
Token API untuk mobile app atau pihak ketiga.
Pengesahan SPA dengan sokongan cookie & CSRF.
Integrasi mudah dengan Jetstream dan Breeze.
Kenapa anda patut guna:
Ringkas dan tak memeningkan.
Sesuai untuk app kecil atau sederhana yang perlukan login/user access.
Secure dan mesra Laravel.

4. Spatie Laravel Packages – Koleksi Pakej Open Source yang Sangat Berguna
Spatie ialah nama yang cukup besar dalam komuniti Laravel. Ia menyediakan banyak pakej Laravel yang percuma dan sangat berkualiti dan boleh bantu anda selesaikan pelbagai tugas tanpa perlu bina dari kosong.
Contoh pakej popular:
laravel-permission
– untuk sistem role & permission.laravel-medialibrary
– untuk upload dan urus fail/gambar.laravel-backup
– backup automatik data aplikasi.
Kelebihan utama:
Jimat masa, tak perlu tulis logik sendiri.
Dokumentasi jelas dan komuniti aktif.
Boleh terus plug-in ke dalam projek Laravel anda.

5. Laravel Jetstream Permulaan Projek yang Lengkap
Jetstream ialah starter kit rasmi dari Laravel. Ia datang siap dengan semua fungsi asas yang biasanya diperlukan untuk aplikasi moden iatu login, pendaftaran, reset password, profil pengguna, two-factor authentication, dan banyak lagi.
Anda boleh pilih sama ada nak guna dengan Livewire atau Inertia.js.
Apa yang disediakan:
Modul login dan keselamatan lengkap.
Pengurusan pasukan (team support) dan sesi pengguna.
Direka khas untuk integrasi Laravel Sanctum.
Apa yang best:
Tak perlu bina sistem auth dari kosong.
Piawaian Laravel sendiri, jadi stabil dan mesra ekosistem.
UI siap pakai, tak perlu banyak kerja frontend awal.
Laravel memang power, tapi dengan bantuan framework-framework tambahan ini, anda boleh hasilkan aplikasi yang lebih cekap, fleksibel, dan profesional. Nak UI reaktif? Guna Livewire. Nak SPA yang ringan? Guna Inertia.js. Nak login yang selamat? Sanctum dan Jetstream jawabnya. Nak shortcut untuk pengurusan peranan, media, atau backup? Spatie lah hero anda.
Tak semua projek perlukan semua lima, tapi dengan memilih kombinasi yang betul, projek anda akan jadi jauh lebih mantap.