Microsoft Excel Dipermudah Dengan Integrasi Copilot AI

Microsoft Excel Dipermudah Dengan Integrasi Copilot AI

Bagi ramai pengguna, Microsoft Excel sering dianggap sebagai perisian yang kompleks kerana penuh dengan formula, fungsi tersembunyi dan ciri yang memerlukan masa untuk dikuasai. Kini, Microsoft membawa berita baik dengan memperkenalkan integrasi pembantu maya berkuasa AI, Copilot, terus ke dalam Excel.

Melalui Copilot, pengguna hanya perlu menaip arahan atau soalan, dan AI akan membantu melaksanakan tugasan tersebut. Tidak lagi perlu pening kepala menghafal formula panjang, menonton tutorial berjam-jam di YouTube atau menghadiri kelas latihan yang mahal.

Buat masa ini, Excel Copilot sudah boleh diuji melalui aplikasi Microsoft 365 Copilot saluran beta di Windows dan Mac. Microsoft turut mengesahkan bahawa sokongan untuk versi web akan menyusul dalam beberapa minggu akan datang.

Dengan langkah ini, Excel bukan lagi sekadar lembaran kerja, tetapi sebuah platform pintar yang memanfaatkan AI untuk meningkatkan produktiviti harian.


Sumber: Amanz, Microsoft Community Hub

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *