KLIA Aktifkan Semula Aerotrain Mulai 1 Julai

KLIA Aktifkan Semula Aerotrain Mulai 1 Julai

Bermula 1 Julai ini, perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 KLIA akan kembali berfungsi. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan perkara ini selepas memeriksa status projek naik taraf yang kini berada di peringkat akhir. Antara yang telah dilalui termasuklah beberapa ujian keselamatan, seperti simulasi Tindak Balas Kecemasan (ERP).

Sebelum ini, operasi Aerotrain dihentikan sejak Mac 2023 berikutan kerosakan berulang disebabkan sistemnya yang sudah terlalu lama digunakan. Sejak dilancarkan pada 1998, Aerotrain digunakan bagi menghubungkan terminal utama ke terminal satelit A.

Sepanjang lebih dua dekad beroperasi, beberapa insiden melibatkan kerosakan teknikal menyebabkan perkhidmatannya terganggu beberapa kali. Susulan penutupan sementara itu, penumpang biasa terpaksa menaiki bas untuk ke terminal satelit, manakala pelanggan kelas perniagaan disediakan pengangkutan premium.

MAHB sebelum ini mengumumkan bahawa sistem baharu akan siap menjelang 31 Januari. Projek naik taraf ini dilaksanakan dengan kerjasama antara Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd, Alstom Transport Systems Sdn Bhd, serta konsortium IJM Construction dan Pestech Technology Sdn Bhd.

Sumber : Amanz, Bernama

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *