Bayangkan anda baru sahaja melancarkan beberapa iklan berbayar untuk bisnes anda. Segalanya dah siap — platform dah pilih, bajet dah tetapkan, klik pun mula masuk. Tapi persoalan paling penting masih belum terjawab: Adakah iklan itu benar-benar berkesan?
Kalau anda jalankan kempen tanpa menilai prestasinya, anda sebenarnya ‘main agak-agak’. Mungkin anda sedang rugi, tapi tak sedar.
Di sinilah pentingnya ROI atau Return on Investment — penunjuk yang membantu anda buat keputusan pemasaran lebih bijak dan berbaloi.

5 Metrik Penting untuk Ukur ROI
Berikut metrik penting dalam platform iklan utama:
Cost per Acquisition (CPA)
Formula: Total Ad Spend / Total Conversions
→ Kos purata untuk dapatkan seorang pelanggan.Click-Through Rate (CTR)
Formula: (Total Clicks / Total Impressions) × 100
→ Ukur keberkesanan iklan menarik klik.Conversion Rate
Formula: (Total Conversions / Total Clicks) × 100
→ Peratus pengguna yang buat tindakan selepas klik.Customer Lifetime Value (CLV)
Formula: Purata Nilai Belian × Kekerapan Belian × Tempoh Hubungan
→ Nilai jangka panjang seorang pelanggan.Return on Ad Spend (ROAS)
Formula: Revenue from Ads / Cost of Ads
→ Berapa hasil diterima setiap RM1 iklan dibelanja.
Cara Kira ROI : Langkah Demi Langkah
Formula asas:
ROI (%) = (Hasil – Kos Iklan / Kos Iklan) × 100
Langkah-langkah:
Kenal pasti jumlah hasil dari iklan
Google Ads: Campaign > Conversion Value
Meta: Purchase Conversion Value
TikTok: Campaign > Revenue
Dapatkan jumlah perbelanjaan iklan
Semua platform tunjuk ‘Cost’ atau ‘Amount Spent’.
Guna formula dan kira
Contoh:
Hasil = RM12,000
Kos Iklan = RM3,000
ROI = ((12,000 – 3,000) / 3,000) × 100 = 300%Pecahkan ikut platform/kreatif
Lihat prestasi lebih spesifik dan hentikan iklan kurang hasil.
Kesilapan Biasa Bila Ukur ROI
Hanya fokus jualan segera
→ Jangan abaikan prospek jangka panjang yang belum beli tapi berpotensi.Tak kira perjalanan penuh pengguna
→ Gunakan multi-touch attribution untuk tahu semua interaksi yang bantu jualan.Tak jejak penukaran luar talian
→ Gunakan tracker untuk hubungkan tindakan di kedai/telefon kepada iklan digital.Abaikan nilai seumur hidup pelanggan
→ Ukur bukan hanya dari jualan pertama tapi keseluruhan hubungan pelanggan.Serah bulat-bulat pada AI
→ AI bantu automasi, tapi manusia masih perlu analisa dan kawal arah kempen.
Alat & Platform Bantu Pantau Prestasi
Google Analytics 4 (GA4) – Jejak tingkah laku pengguna dari klik hingga belian.
Google Ads Dashboard – Laporan terperinci prestasi iklan.
Meta Ads Manager – Prestasi across Facebook dan Instagram.
CRM seperti HubSpot / Salesforce – Jejak nilai pelanggan dari prospek ke pembeli setia.
Attribution Tools (Triple Whale, Segment) – Lihat keseluruhan perjalanan pelanggan rentas platform.

Praktik Terbaik Untuk Naikkan ROI
-
Kemaskan landing page – Laju, jelas, mesra mudah alih & copy selari dengan iklan.
-
Sasar audiens yang ada niat beli – Gunakan lookalike, in-market dan data tingkah laku.
-
Sentiasa uji A/B – Tukar ayat tajuk, gambar, CTA untuk hasil lebih baik.
-
Pantau dan ubah bidaan – Gunakan Smart Bidding, tapi tetap pantau secara manual bila perlu.
-
Guna remarketing – Kejar semula pelawat yang belum buat pembelian.
Kesimpulan:
ROI ialah nadi kejayaan iklan berbayar. Dengan ukur, analisa dan perbaiki secara konsisten, anda bukan saja boleh jimat belanja — tapi gandakan hasil. Dalam dunia pemasaran moden, data ialah kuasa, dan ROI adalah senjatanya!
Sumber: Digital Marketing Institute
Ikuti Kami Di: