Ketegangan Meningkat Antara OpenAI dan Microsoft

Ketegangan Meningkat Antara OpenAI dan Microsoft

Hubungan antara OpenAI dan Microsoft dilaporkan semakin retak, menurut laporan eksklusif The Wall Street Journal yang memetik sumber dalaman.

Difahamkan, pihak pengurusan tertinggi OpenAI pernah mempertimbangkan untuk secara terbuka menuduh Microsoft mengamalkan taktik anticompetitive sepanjang kerjasama mereka. Malah, mereka dikatakan turut menimbang untuk membawa isu ini ke peringkat pengawal selia persekutuan bagi menyemak semula kontrak dengan Microsoft.

Isu utama berpunca daripada usaha OpenAI yang ingin mengurangkan kawalan Microsoft terhadap intellectual property (IP) serta sumber pengkomputeran mereka. Namun begitu, OpenAI masih bergantung kepada kelulusan Microsoft untuk melengkapkan proses penukaran status kepada syarikat berorientasikan keuntungan.

Ketegangan ini semakin meruncing berikutan perbalahan mengenai pengambilalihan startup AI bernilai $3 bilion, Windsurf, yang dibeli oleh OpenAI. Menurut laporan, OpenAI enggan membenarkan Microsoft mendapatkan akses kepada teknologi Windsurf kerana ia berpotensi menguatkan lagi perkhidmatan AI milik Microsoft seperti GitHub Copilot.

Sebelum ini, Microsoft merupakan pemangkin utama pertumbuhan OpenAI melalui pelaburan dan sokongan teknologi. Namun dalam beberapa bulan kebelakangan ini, OpenAI dikatakan cuba mengurangkan kebergantungan kepada ‘cloud service’ Microsoft, sekali gus menandakan ketegangan dinamik antara dua pemain utama dunia teknologi ini.

Sumber: TechCrunch

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *