Kejohanan Street Fighter 6, “Red Bull Kumite” 2025 Rai Ulang Tahun Ke-10 di Paris!

Kejohanan Street Fighter 6, “Red Bull Kumite” 2025 Rai Ulang Tahun Ke-10 di Paris!

Kejohanan Street Fighter 6, Red Bull Kumite, bakal kembali ke Paris, Perancis, sempena ulang tahun ke-10 penganjurannya. Acara ini akan berlangsung pada 5 hingga 6 April 2025 di Maison de la Mutualité, dengan pentas bertemakan era Great Gatsby.

Kredit Imej: Red Bull

Sebanyak 16 pemain akan bersaing, terdiri daripada 8 pemain profesional dan 8 pencabar baharu. Daripada jumlah itu, 14 peserta akan menerima jemputan terus, manakala 2 slot terakhir akan ditentukan melalui Last Chance Qualifier dan Play-In Stage yang diadakan pada 5 April. Pendaftaran untuk Play-In sudah dibuka di platform Start.gg, dan tiket penonton juga telah mula dijual.

Acara utama pada 6 April akan menampilkan format unik Red Bull Kumite, termasuk cabutan langsung jadual pertandingan serta sistem eliminasi tunggal Best-of-5 (BO5).

Sejak diperkenalkan pada 2015 di Paris, Red Bull Kumite telah menjadi kejohanan berprestij dalam komuniti Fighting Game Community (FGC). Ia pernah dianjurkan di Jepun, London, Las Vegas, Afrika Selatan, dan terbaru di New York pada 2024.

Gelanggang Red Bull Kumite di Afrika Selatan

Pemain dari Republik Dominican, Saul Leonardo ‘MenaRD’ Mena, yang turut akan bersaing dalam Capcom Cup 11, menjuarai edisi tahun lalu dengan menewaskan Du ‘NuckleDu’ Dang.

Saul Leonardo ‘MenaRD’ Mena Menjulang Trofi Kejuaraan Red Bull Kumite di New York Edisi Tahun 2024

Sebagai penganjur utama, Red Bull terus memainkan peranan besar dalam dunia e-sukan dengan menganjurkan pelbagai kejohanan serta menjalin kerjasama strategik. Untuk Red Bull Kumite 2025, jenama ini telah bekerjasama dengan PlayStation dan pengeluar kereta Opel, manakala AGON by AOC kembali sebagai rakan monitor rasmi.

Selain itu, Red Bull turut mengumumkan kejohanan Trackmania bersama pencipta kandungan terkenal, Øyvind ‘Wirtual’ Iversen.

Sumber: Esports Insider

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *