Kejohanan Dunia MLBB M6 Jana Nilai Penjenamaan Melebihi RM589 Juta!

Kejohanan Dunia MLBB M6 Jana Nilai Penjenamaan Melebihi RM589 Juta!

Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 pada tahun lalu berjaya menjana lebih RM589 juta dalam nilai jenama untuk rakan penaja, menurut laporan daripada syarikat analitik e-sukan, Shikenso Analytics.

Daripada jumlah itu, sekitar RM325 juta diperoleh melalui platform streaming, manakala RM264 juta pula melalui pendedahan di media sosial.

MOONTON Games, pembangun MLBB, bekerjasama dengan Shikenso bagi mendapatkan data masa nyata sepanjang kejohanan tersebut, sekaligus membantu dalam menilai prestasi penajaan dengan lebih terperinci. Kejohanan ini turut mencatat sejarah apabila menjadi edisi paling ramai ditonton, dengan kemuncak penonton seramai 4.13 juta.

Pendedahan Penjenamaan Luar Biasa

MOONTON melaporkan bahawa lebih 3.4 juta kali jenama penaja dipaparkan sepanjang kejohanan, termasuk 85 bilion jumlah tontonan kasar dan 170 juta jam tontonan terhadap elemen berjenama. Ini membuktikan penajaan dalam kejohanan ini memberikan pulangan pelaburan (ROI) yang tinggi kepada semua jenama terlibat.

Antara jenama terkenal yang terlibat ialah Qiddiya, Republic of Gamers, Fairrie, Meiji Hello Panda, Secretlab, Hotlink dan JD Sports.

Aset Penajaan Eksklusif Beri Pulangan Tinggi

Menurut laporan tersebut, aset eksklusif penajaan mencatat nilai paling tinggi, meningkat sehingga 70%, dengan meja pengulas (caster desk) menjadi aset paling berprestasi, menyumbang hampir sepertiga daripada keseluruhan nilai media. Selain itu, pentas utama, penempatan jenama eksklusif, dan overlay dalam permainan juga menyumbang besar, menghasilkan 82% daripada nilai keseluruhan media.

Saluran bukan siaran langsung juga menyumbang kepada pendedahan jenama, menandakan peralihan ke arah kandungan berjenama yang lebih kreatif seperti melalui media sosial dan penempatan logo.

Wawasan Masa Depan Melalui Data

Adrian Cher, Ketua Jualan Global MOONTON berkata, “Kejohanan Dunia M Series memainkan peranan besar dalam pertumbuhan MLBB Esports, merangkumi hampir satu perlima daripada 476 juta jam tontonan pada tahun 2024.”

Beliau turut menambah, kerjasama dengan Shikenso memberi mereka data penting mengenai penglibatan penonton dan pendedahan jenama, sekali gus membolehkan mereka mengoptimumkan peluang kerjasama dan mempertingkat strategi penajaan di masa hadapan.

Shikenso Analytics, yang berpusat di Jerman sejak 2017, terus menjadi pemain utama dalam penilaian nilai media dalam industri permainan dan e-sukan, dan kini menjalin kerjasama jangka panjang bersama ESL FACEIT Group bagi menyediakan data global yang lebih menyeluruh.

Sumber: Esports Insider
Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *