CEO Team Secret Dikecam Selepas Sindir Pemain Rainbow Six Siege

CEO Team Secret Dikecam Selepas Sindir Pemain Rainbow Six Siege

CEO Team Secret, John ‘zypher84’ Yao, berdepan kecaman hebat selepas menyindir pemain profesional Rainbow Six Siege dari Australia, Jake ‘Virtue’ Grannan, susulan penyingkiran pasukannya dari Six Invitational 2025.

Team Secret Gagal di Peringkat Kumpulan

Team Secret tersingkir dari kejohanan selepas gagal memenangi sebarang perlawanan dalam peringkat kumpulan. Mereka tewas kepada FaZe Clan, Shopify Rebellion, FURIA, dan CAG Osaka, sekali gus menamatkan saingan di kedudukan 20 teratas dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak $35,000 (~RM170,000).

Selepas kekalahan itu, Virtue mengumumkan bahawa dia telah dikeluarkan daripada pasukan, menyatakan rasa terkejut kerana satu kejohanan yang kurang baik menyebabkan dia kehilangan tempat dalam pasukan.

CEO Team Secret Dikecam Selepas Hantaran Sindiran


Sebagai reaksi terhadap penyingkiran Virtue, Yao memuat naik foto yang menunjukkan barisan pemain Team Secret di sebuah bilik hotel, dengan Virtue membelakangi kamera. Foto itu seolah-olah menyindir keadaan Virtue dan cuba memberi justifikasi terhadap perubahan dalam pasukan.

Virtue membalas hantaran tersebut dengan mendedahkan bahawa dia hampir menangis ketika itu dan tidak sanggup melihat rakan sepasukannya.

Tindakan Yao mengundang kecaman hebat dari komuniti Rainbow Six Siege. Ramai menganggap tingkah laku Yao sebagai tidak profesional dan menekankan bahawa pemain esports juga manusia, serta tidak wajar menghina seseorang kerana menunjukkan emosi.

Virtue turut membalas di Twitter:

“Tak sangka menangis selepas tersingkir dari kejohanan boleh buat kau kena tendang dari pasukan. Dah lupa yang lelaki ‘tak boleh’ menangis…”

Selepas menerima kecaman besar-besaran, Yao akhirnya mengakui kesalahannya dan merancang untuk meminta maaf secara bersemuka dengan Virtue.

 

Kesedaran Tentang Kesihatan Mental dalam Esports

 

Insiden ini mencetuskan perbincangan lebih meluas mengenai kesihatan mental dalam dunia esports. Dengan tekanan tinggi untuk bersaing di pentas terbesar dan hadiah bernilai jutaan ringgit, ramai mula sedar kepentingan aspek mental dalam prestasi pemain.

Selain isu Team Secret, Six Invitational 2025 turut menyaksikan satu lagi insiden kontroversi.

Susulan pertengkaran selepas perlawanan antara M80 dan DarkZero Esports, jurulatih M80, Matheus ‘Budega’ Figueiredo, dikenakan penggantungan dua tahun daripada semua kejohanan Rainbow Six yang dianjurkan oleh BLAST. Ini bermakna Budega tidak boleh menyertai sebarang kejohanan BLAST R6 sehingga Six Invitational 2027 tamat.

Sumber: Esports Insider

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *