Pasukan 100 Thieves berjaya menewaskan FlyQuest dalam perlawanan akhir Marvel Rivals Invitational NA 2025, sekali gus merangkul kejuaraan dengan keputusan 4-2. Kemenangan ini memastikan mereka membawa pulang hadiah terbesar dalam kejohanan bernilai RM470,000 (USD 100,000).

Final Best of 7 ini berlangsung pada 23 Mac 2025, jam 9:30 pagi GMT+8, menutup tirai kejohanan dengan penuh aksi mendebarkan.
Perjalanan FlyQuest ke Perlawanan Akhir
FlyQuest mara ke pentas final selepas menewaskan Sentinels, namun terpaksa berhadapan semula dengan 100 Thieves, yang telah menewaskan mereka lebih awal dalam pusingan Swiss Day 2. Walaupun FlyQuest memberikan tentangan sengit di separuh pertama perlawanan akhir, mereka akhirnya kecundang sekali lagi kepada pasukan pilihan kejohanan.
Selepas kemenangan, pemain 100 Thieves, Marschal ‘Terra’ Weaver, mengulas:
“Kami sangat gembira dengan kemenangan ini. Pada tiga pusingan pertama, ramai antara kami masih gementar dan kurang fokus.”
“Ini pengalaman yang luar biasa kerana pertama kali kami semua berada di pusat latihan sebagai satu pasukan. Kejohanan Marvel Rivals Invitational ini benar-benar sesuatu yang istimewa buat kami.”
Sorotan Perlawanan Akhir
Berikut adalah keputusan setiap pusingan dalam grand final:
Pusingan 1: 100 Thieves menang 2-1 di Convoy, Yggrasill Path
Pusingan 2: FlyQuest menyamakan kedudukan dengan 2-1 di Domination, Birnin T’Challa
Pusingan 3: FlyQuest mendahului selepas menang 1-0 di Convergence, Hall of Djalia
Pusingan 4: 100 Thieves bangkit dengan kemenangan 2-1 di Domination, Hell’s Heaven
Pusingan 5: 100 Thieves mengambil alih permainan dengan 3-1 di Convoy, Midtown
Pusingan 6: 100 Thieves mengesahkan kejuaraan dengan 3-0 di Convergence, Shin-Shibuya
Keputusan Akhir: 100 Thieves 4-2 FlyQuest
Terra turut berkongsi perancangan pasukan selepas kejohanan:
“Kami ada beberapa hari lagi di LA untuk terus berlatih, dan selepas pulang, latihan akan diteruskan. Kami mahu menjadi pasukan legenda dalam permainan ini. Kalau ada peluang, kenapa tidak?”
Senarai Pemenang & Hadiah Kejohanan
Berikut adalah pembahagian hadiah bagi setiap pasukan:
🏆 100 Thieves – RM188,000 (USD 40,000)
🥈 FlyQuest – RM94,000 (USD 20,000)
🥉 Sentinels – RM56,400 (USD 12,000)
ENVY – RM37,600 (USD 8,000)
5-6. Shikigami, NTMR – RM28,200 (USD 6,000)
7-8. Shroud-X, Rad Esports – RM18,800 (USD 4,000)
Adakah Kejohanan Dunia Marvel Rivals Akan Direalisasikan?
Sebagai juara Marvel Rivals Invitational NA 2025, 100 Thieves kini sebaris dengan Virtus.pro, yang menjuarai kejohanan Marvel Rivals Invitational EMEA. Ini telah mencetuskan perbincangan dalam komuniti e-sukan mengenai kemungkinan kejohanan antarabangsa yang bakal menemukan juara dari setiap rantau.
Terra turut mengulas mengenai perdebatan antara 100 Thieves dan Virtus.pro:
“Ramai yang membandingkan kekuatan pasukan kami dengan Virtus.pro dalam Twitch chat. Mereka fikir perlawanan ini tidak seimbang, tetapi hakikatnya ia bergantung kepada ping yang digunakan.”
“Tiada istilah ‘kami terbaik di NA, mereka terbaik di EU.’ Apabila kedua-dua pasukan bertanding di medan yang sama rata, barulah kita dapat melihat siapa yang benar-benar dominan.”
Sumber: Esports Insider