Yohane & MZHR Wakili Malaysia ke BRICS Esports Championship 2025 di Russia

Yohane & MZHR Wakili Malaysia ke BRICS Esports Championship 2025 di Russia

Dua pemain Tekken 8 terbaik negara, FLYK | Yohane dan REF | MZHR, secara rasmi akan membawa cabaran Malaysia ke BRICS Esports Championship 2025 yang bakal berlangsung di VK Play Arena, Moscow, Russia.

Yohane berjaya mengumpul 171 mata, manakala MZHR pula meraih 154 mata, menjadikan mereka pendahulu carta dalam Liga Tekken Malaysia (MyTL) anjuran Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF). Liga ini melibatkan lima siri pertandingan dalam talian dan tiga siri luar talian, bermula Januari 2025.

Pemilihan mereka berdasarkan prestasi konsisten sepanjang siri MyTL dan kini bersedia untuk mengangkat nama #Team_eMAS di pentas antarabangsa, menentang pemain-pemain elit dari negara-negara BRICS.

MESF turut memaklumkan bahawa lebih banyak liga rasmi akan dilancarkan dalam masa terdekat untuk pelbagai judul permainan lain. Langkah ini bertujuan memperkukuh pembangunan bakat dan menyediakan saluran rasmi pencarian wakil negara dalam kategori permainan yang belum ada liga profesional tempatan.

Sama-sama kita beri sokongan penuh kepada Yohane dan MZHR dalam misi mereka menjulang nama Malaysia di Moscow!

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *