Kini menjadi perkara biasa untuk melihat restoran atau kedai menggunakan televisyen sebagai paparan menu atau promosi produk. Namun begitu, penggunaan TV memerlukan tenaga yang tinggi dan berisiko untuk rosak jika digunakan tanpa henti dalam jangka masa panjang. Sebagai alternatif, skrin ePaper menjadi pilihan kerana lebih jimat tenaga dan tahan lebih lama.

Samsung baru sahaja memperkenalkan barisan skrin ePaper terbarunya di bawah siri EMDX. Teknologi ini berfungsi seakan E-ink, di mana kuasa hanya digunakan apabila kandungan pada skrin ditukar. Menurut Samsung, jika kandungan ditukar sekali sehari, bateri skrin ini boleh bertahan sehingga 200 hari sebelum perlu dicas semula.
Peranti ini hadir dengan bateri 4600 mAh yang membolehkan ia digunakan di dalam premis perniagaan tanpa perlu disambungkan kepada sumber kuasa secara langsung. Skrin ini menggunakan teknologi E-Ink Spectra 6 yang menyokong warna, mempunyai resolusi 2560 x 1440 piksel dan boleh menayangkan video dengan kadar segar semula sehingga 165Hz apabila diperlukan.
Model Samsung EM32DX turut dilengkapi dengan storan dalaman 8GB dan menyokong sambungan HDMI, USB-C serta Bluetooth. Skrin ePaper ini dijual pada harga $1,350 (~RM5,734) seunit.
Sumber: Amanz