Satu Lagi Projek Berjaya Dilancarkan Website Rasmi TBPC Kini LIVE

Satu Lagi Projek Berjaya Dilancarkan — Website Rasmi TBPC Kini LIVE

Alhamdulillah, satu lagi projek digital telah berjaya disiapkan dan kini rasmi LIVE

Kali ini, pasukan Laman Teknologi berpeluang bekerjasama dengan Transform Business Performance Consultant (TBPC) — sebuah platform yang mengetengahkan kepakaran industri serta komitmen terhadap kecemerlangan pembelajaran dan pembangunan profesional.

Website ini dibangunkan bagi mencerminkan imej korporat TBPC yang berwibawa, moden dan diyakini, selari dengan peranan mereka dalam membantu organisasi dan individu mencapai prestasi yang lebih tinggi.

Antara fokus utama pembangunan projek ini termasuk:

Rekaan UI/UX moden – Paparan yang bersih, profesional dan mudah difahami pengguna
Mesra peranti mudah alih – Pengalaman pelayaran yang lancar di telefon, tablet dan desktop
Struktur kandungan yang tersusun – Menampilkan profil korporat yang kukuh dan meyakinkan

Setiap elemen direka dengan teliti bagi memastikan laman ini bukan sahaja cantik dari segi visual, tetapi juga berfungsi secara efektif sebagai medium komunikasi jenama dan perkhidmatan.

Layari sekarang: https://tbpc.com.my

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak TBPC atas kepercayaan yang diberikan kepada team Laman Teknologi. Kepercayaan anda adalah inspirasi untuk kami terus menghasilkan solusi digital yang berkualiti dan berimpak.

Dan kalau anda juga sedang merancang untuk bina website yang nampak premium, profesional dan berfungsi dengan baik —
you know who to call 😉

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *