
Dua pemain utama dalam industri penstriman global iaitu Netflix dalam video, dan Spotify dalam audio dilaporkan sedang berbincang untuk menjalinkan kerjasama strategik melibatkan beberapa jenis projek hiburan.
Antara bentuk kolaborasi yang disebut termasuklah program anugerah muzik dan siri konsert, yang mana kandungan tersebut berpotensi untuk ditayangkan di platform Netflix, manakala Spotify boleh menjadi saluran promosi utama bagi acara atau kandungan tersebut.
Langkah ini sejajar dengan strategi terkini Netflix yang semakin giat meneroka kandungan berbentuk siaran langsung, seperti acara sukan dan penganugerahan. Ini juga mencerminkan kesediaan kedua-dua jenama untuk memperluas jangkauan hiburan merentas format dan platform.
Buat masa ini, masih tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua syarikat mengenai kerjasama ini, namun perkembangan ini dijangka menarik minat peminat hiburan digital di seluruh dunia.
Sumber: Amanz