Musim ke-15 Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia bakal bermula pada 19 April 2025, dengan pembaharuan besar dari segi format playoff yang kini dibahagikan kepada dua fasa hujung minggu.
Fasa pertama playoff akan berlangsung pada 30 & 31 Mei, manakala fasa kedua diteruskan pada 14 & 15 Jun di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Menurut Siew Hao Zhen, Ketua E-Sukan Inkubasi MY & SEA dari MOONTON Games, perubahan ini dibuat bagi memastikan lebih ramai peminat dapat hadir menyaksikan perlawanan secara langsung.
“Sebelum ini, playoff dijalankan dari Khamis hingga Ahad. Ramai yang tidak dapat hadir pada hari bekerja kerana komitmen seperti sekolah dan kerja.
Kini kami tumpukan kepada Sabtu dan Ahad sahaja — lebih mesra keluarga dan komuniti,” jelas beliau semasa majlis Malam Iftar Infinix 2025.
10 Pasukan Terbaik Tempur Dalam Musim Biasa
Musim biasa akan berlangsung selama enam minggu bermula 19 April hingga 25 Mei, menyaksikan 10 pasukan MLBB terbaik Malaysia bertarung untuk merebut tempat ke playoff!
Hanya enam pasukan teratas dari liga ini akan layak ke peringkat playoff!
Aksi pembukaan musim ini cukup dinantikan apabila menyajikan perlawanan ulang akhir musim lalu antara SRG dan Team Vamos.
Infinix Kini Rakan Telefon Pintar Rasmi

Dalam perkembangan menarik, Infinix diumumkan sebagai rakan telefon pintar rasmi MPL Malaysia untuk musim ini.
Menurut Wai Kiat Hong, Pengarah Pemasaran Infinix Malaysia, kerjasama ini bertujuan memperkukuh komuniti e-sukan serta memberikan akses teknologi permainan mudah alih terbaik kepada para pemain.
Sekilas Tentang MOONTON & MLBB
MOONTON, yang ditubuhkan pada 2014, merupakan syarikat global dalam pembangunan dan penerbitan permainan video serta penganjuran e-sukan.
Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) pula terus menjadi permainan MOBA mudah alih paling popular di dunia, termasuk di Malaysia.
Sumber: MPL Malaysia, BERNAMA, Astro Awani