Meta Pertimbang Guna AI Google Gemini untuk Tingkatkan Perniagaan Iklan

Meta Pertimbang Guna AI Google Gemini untuk Tingkatkan Perniagaan Iklan

26 September 2025 – Meta dilaporkan sedang berbincang dengan Google Cloud, cabang milik Alphabet, mengenai kemungkinan menggunakan model Gemini AI bagi meningkatkan keupayaan perniagaan iklannya. Perbincangan ini masih di peringkat awal dan belum tentu menghasilkan persetujuan, menurut laporan The Information yang dipetik oleh Reuters.

Cadangan Meta adalah untuk melatih semula (fine-tune) model Gemini serta model sumber terbuka Gemma menggunakan data iklan Meta sendiri, dengan tujuan meningkatkan keupayaan penargetan iklan.

Langkah Meta mempertimbangkan AI pesaing ini menggambarkan cabaran yang dihadapinya dalam membangunkan teknologi AI dalaman, walaupun telah membelanjakan berbilion dolar untuk penyelidikan, infrastruktur dan tenaga pakar.

Meta dan Google merupakan pesaing rapat dalam pasaran iklan digital. Namun, kedua-dua syarikat sebelum ini melaporkan bahawa pelaburan besar dalam AI telah menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan teras iklan mereka. Meta juga sebelum ini mempertimbangkan kerjasama dengan Google atau OpenAI bagi memperkukuh ciri AI termasuk chatbot Meta AI serta fungsi baharu dalam aplikasi Instagram dan WhatsApp.

Sumber: The Star

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *