“Liquid Glass” merupakan Rekaan Antaramuka Baharu yang Diperkenalkan oleh Apple

“Liquid Glass” merupakan Rekaan Antaramuka Baharu yang Diperkenalkan oleh Apple

Dalam acara WWDC terbaru, Apple telah memperkenalkan satu antaramuka serba baharu yang diberi nama “Liquid Glass”, seiring dengan perubahan pada penomboran versi sistem operasinya. Rekaan ini kini digunakan secara konsisten merentasi semua platform sistem operasi Apple.

Liquid Glass dikatakan diinspirasikan daripada visionOS – sistem yang digunakan pada set realiti maya Apple sebelum ini. Seperti namanya, ia menampilkan rekaan menyerupai kaca, lengkap dengan elemen lut sinar dan kesan visual seakan-akan permukaan kaca. Rekaan ini juga boleh disesuaikan mengikut mod terang atau gelap.

Sebagai sebahagian daripada perubahan ini, Apple turut mengemaskini pelbagai aplikasi bawaannya agar sejajar dengan elemen Liquid Glass. Ia membolehkan lebih banyak kandungan dipaparkan, selain memberi pilihan untuk mengecilkan atau menyembunyikan menu apabila tidak diperlukan – sekaligus memberikan pengalaman skrin yang lebih optimum dan kemas.

Dengan pengenalan rekaan ini, pengguna dijangka akan mula melihat kemas kini antaramuka pada pelbagai aplikasi Apple secara berperingkat dalam masa terdekat.

Untuk perbandingan, Microsoft sebelum ini pernah memperkenalkan antaramuka Aero Glass melalui Windows Vista, yang turut menampilkan rekaan lut sinar seumpama kaca. Namun, pada ketika itu, sambutannya kurang memuaskan. Mungkin kini, dengan peranti mudah alih yang lebih canggih, rekaan seumpamanya akan lebih diterima.

 

Sumber: Amanz

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *