Walaupun penggunaan AI semakin meningkat dalam kalangan pengguna LinkedIn, ada satu ciri yang tidak mendapat sambutan seperti yang dijangkakan — iaitu AI writing assistant untuk bantu memperkemas hantaran di platform tersebut.

CEO LinkedIn, Ryan Roslansky, berkata kepada Bloomberg: “Ia sebenarnya tidak sepopular seperti yang saya sangka.” Bila ditanya mengapa, beliau menjelaskan bahawa tahap keyakinan untuk membuat hantaran di LinkedIn lebih tinggi kerana platform ini dianggap sebagai resume dalam talian.
Malah, katanya, risiko yang dihadapi pengguna lebih serius berbanding platform lain: “Kalau anda kena kecam di X atau TikTok, itu satu hal. Tapi kalau di LinkedIn, ia betul-betul boleh jejaskan peluang ekonomi anda.”
Namun begitu, Roslansky turut berkongsi bahawa LinkedIn menyaksikan peningkatan 6 kali ganda dalam permintaan kerja berkaitan kemahiran AI sepanjang tahun lalu, manakala bilangan pengguna yang menambah kemahiran AI dalam profil mereka melonjak 20 kali ganda.
Menariknya, beliau sendiri menggunakan AI tool semasa berkomunikasi dengan CEO Microsoft, Satya Nadella: “Setiap kali sebelum saya hantar emel kepada beliau, saya tekan butang Copilot dulu — supaya ayat saya kedengaran cukup ‘Satya-smart’.”
Kesimpulan: Walaupun AI kian menjadi kemahiran penting di LinkedIn, pengguna masih berhati-hati dalam menggunakan AI untuk menulis kandungan mereka, terutamanya kerana reputasi profesional menjadi pertaruhan.
Sumber: TechCrunch
Ikuti Kami Di: