Buat pertama kalinya, Days of Ramadan Festival dianjurkan oleh pencipta kandungan Southeast Asia Game Aesthetic (SEAGamethetic), berlangsung dari 28 Februari hingga 31 Mac 2025. Festival ini meraikan bulan Ramadan dengan menampilkan pelbagai permainan video dari pembangun di seluruh dunia melalui platform Steam.

Acara ini menawarkan demo eksklusif, diskaun khas, dan menampilkan lebih 300 permainan video, termasuk permainan santai, kad, rentak muzik, RPG, serta bahagian khas yang memaparkan permainan video dari Asia Tenggara! Fokus utama festival ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pembangun permainan indie yang lebih kecil.
Zahid Riefqi, Ketua Editor SEAGamethetic, berkata bahawa pelancaran festival ini diharap dapat menarik perhatian Steam terhadap potensi festival bertemakan Ramadan dan memberi manfaat kepada pembangun, penerbit, serta pemain permainan.
Kini, Days of Ramadan Steam Festival boleh diakses secara langsung di Steam.
Sumber: Steam, The Magic Rain.