Video masih menjadi senjata ampuh dalam pemasaran digital. Menurut laporan Wyzowl Video Marketing Statistics 2025, 95% pemasar menganggap video penting dalam strategi mereka, naik 7% berbanding tahun sebelumnya. Namun, dunia video marketing kini berubah drastik — daripada hanya video rakaman biasa kepada livestream, short-form video, dan kini disokong pula oleh kecanggihan AI.
Berikut 10 tip asas kreatif video pemasaran yang menggabungkan trend terbaru dan amalan terbaik.

1. Utamakan Video Pendek (Short-Form)
Dengan jangka perhatian pengguna semakin singkat, video berdurasi 5 hingga 90 saat semakin mendapat tempat — lebih-lebih lagi di platform seperti TikTok, Instagram Reels, dan YouTube Shorts.
Walaupun pendek, video perlu ada jalan cerita dan mesej jelas. Setiap platform ada format tersendiri, jadi sesuaikan video mengikut keperluan platform.
Contoh: di TikTok, video menegak dengan kapsyen ringkas sudah mencukupi. Tapi di Facebook, boleh masukkan video penerangan yang sedikit panjang, asalkan masih ringkas dan menarik.
2. Gunakan Kuasa AI dalam Penghasilan Video
Teknologi AI memudahkan proses mencipta video dari segi penulisan skrip, suntingan automatik hingga cadangan kandungan. 51% pemasar sudah guna alat AI dalam video mereka.
Antara platform video AI yang boleh dicuba:
Sora: Model daripada OpenAI untuk jana video berdasarkan prompt.
InVideo: Mudah guna, sesuai untuk pemula dan boleh ubah teks jadi video.
Peech: Tambah logo, warna, dan automasi branding dalam video.
Runway, DeepBrainAI, Capsule: Sesuai untuk fungsi lebih canggih.
3. Hasilkan Video Interaktif & Boleh Dibeli Terus
Pengguna kini mahukan pengalaman yang boleh dilibatkan diri. Anda boleh:
Tambah butang produk dalam video
Gunakan polls, soalan, atau pilihan cerita (gamification)
Benarkan pembelian terus dari video (shoppable video)
Contoh: TikTok Shop membolehkan pengguna beli produk terus tanpa keluar aplikasi. Instagram pula benarkan penggunaan product tags dalam Stories.
4. Reka Bentuk Video untuk Paparan Telefon (Mobile-First)
70% penduduk dunia guna telefon mudah alih, jadi video wajib dioptimumkan untuk paparan mudah alih. Guna format menegak atau segi empat, dan pastikan ada kapsyen sebab ramai pengguna tonton tanpa bunyi.
Jangan lupa: letakkan elemen jenama seperti logo dan warna pada awal video untuk tingkatkan kesedaran jenama.

5. Manfaatkan Video Siaran Langsung (Live Streaming)
Live video sangat berkesan untuk bina kepercayaan. Anda boleh buat:
Sesi Q&A
Pelancaran produk secara langsung
Tunjuk belakang tabir syarikat
Platform seperti Facebook Live, Instagram Live, TikTok Live, YouTube Live dan LinkedIn Live menawarkan fungsi ini.
6. Gunakan Data untuk Cerita Lebih Kuat
Gabungkan data dalam cerita jenama anda untuk hasilkan kandungan lebih kukuh. Anda boleh:
Pantau metrik tontonan
Jalankan ujian A/B
Gunakan polls, email survey, dan social listening
Pendekatan ini bantu sesuaikan kandungan dengan keperluan sebenar audiens.
7. Kekalkan Kualiti Video Walaupun Bajet Kecil
Tak perlu kamera mahal. Guna telefon pintar dan lighting yang baik pun cukup. Yang penting: visual jelas, bunyi bersih, mesej ringkas.
Video belakang tabir dan trend viral juga bantu tarik minat. Contohnya, video kasual dari pejabat seperti yang dibuat oleh Duolingo mendapat sambutan hangat.
8. Konsistenkan Jenama & Mesej
Konsistensi boleh naikkan pendapatan 10% hingga 20%, kata laporan Marq. Pastikan:
-
Logo dan warna jenama digunakan secara konsisten
-
Gaya bahasa selari dengan nada jenama
-
Visual seragam dan ikut panduan jenama
Cipta templat khas jika perlu, supaya semua pasukan hasilkan video yang selari dengan identiti jenama.
9. Gunakan SEO untuk Naikkan Ranking Video
Video SEO penting untuk capaian. Dengan YouTube dan TikTok kini jadi search engine, pastikan anda:
-
Cari kata kunci popular
-
Optimumkan tajuk, kapsyen, dan tags
-
Tambah transkrip untuk capaian lebih baik
-
Guna thumbnail menarik dan fungsi seperti cards atau end screens
10. Sentiasa Ikut Trend Semasa
Video marketing sentiasa berubah. Langgan newsletter seperti dari DMI, baca blog dari HubSpot, WordStream atau Content Marketing Institute, dan tetapkan alert Google Trends untuk kata kunci seperti “video marketing”.
Yang paling penting — berani mencuba! Eksperimen dengan gaya baharu, AI, dan fungsi interaktif.
Kesimpulan: Asas Kreatif Video Sentiasa Relevan
Prinsip asas masih sama, tapi cara kita gunakannya berubah. Guna teknologi terkini, ikut tingkah laku pengguna dan kekalkan elemen kreatif untuk pastikan video anda benar-benar berkesan.
Selamat mencipta video yang memikat!
Sumber: Digital Marketing Institute