Zuckerberg & Meta Mahu Gantikan Telefon Pintar dengan Cermin Pintar Ray-Ban

Zuckerberg & Meta Mahu Gantikan Telefon Pintar dengan Cermin Pintar Ray-Ban

Mark Zuckerberg menyatakan bahawa telefon pintar membuatkan kita kurang fokus dan tidak ‘hadir’ sepenuhnya semasa bersama orang lain. Dengan visi untuk mengubah cara kita berinteraksi dengan teknologi, Meta memperkenalkan Meta Ray-Ban Display, iaitu cermin pintar baharu yang direka untuk menggantikan peranan telefon pintar. Cermin pintar ini dilengkapi kamera, pembesar suara, mikrofon, dan pembantu AI terbina dalam. Ia juga menyokong aplikasi popular seperti Instagram, WhatsApp dan Facebook serta mampu memaparkan arah jalan atau terjemahan secara langsung.

 

Selain cermin pintar, Meta turut memperkenalkan Meta Neural Band, sejenis gelang yang menggunakan teknologi sEMG (surface electromyography). Gelang ini mengesan isyarat saraf daripada tangan dan membolehkan pengguna menaip atau mengawal fungsi pada cermin hanya dengan gerakan tangan tanpa perlu menyentuh skrin. Zuckerberg mendakwa kombinasi cermin pintar dan gelang ini membolehkannya menaip sehingga 30 patah perkataan seminit, hampir menyamai kelajuan menaip pada skrin sentuh telefon pintar.

Projek cermin pintar dan gelang ini adalah sebahagian daripada usaha besar Meta Reality Labs, walaupun bahagian ini telah mengalami kerugian besar sekitar US$70 bilion sejak 2020. Walaupun teknologi ini menjanjikan pengalaman interaksi baharu, masih belum pasti sama ada ia benar-benar mampu menggantikan telefon pintar yang kini sudah menjadi keperluan asas dalam kehidupan seharian.

Sumber: TechCrunch

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *