X Tawar Akses Percuma Grok 4 kepada Semua Pengguna

X Tawar Akses Percuma Grok 4 kepada Semua Pengguna

xAI, syarikat kecerdasan buatan milik Elon Musk, mengumumkan bahawa model AI terkini mereka, Grok 4, kini boleh diakses secara percuma oleh semua pengguna platform X di seluruh dunia. Langkah ini menandakan peluasan besar capaian Grok 4, yang sebelum ini terhad kepada pelanggan pelan Premium dan SuperGrok.

Pengguna kini boleh memilih antara dua mod utama – Auto Mode yang secara automatik menentukan penggunaan Grok 4 mengikut keperluan tugasan, atau Expert Mode yang memastikan semua soalan diproses sepenuhnya oleh Grok 4. Walaupun percuma, had penggunaan tetap dikenakan, dianggarkan sekitar lima permintaan setiap 12 jam bagi akaun percuma.

Namun begitu, varian Grok 4 Heavy yang menawarkan prestasi lebih tinggi kekal eksklusif untuk pelanggan SuperGrok Heavy berbayar. xAI menjelaskan bahawa langkah ini bertujuan memberi peluang kepada pengguna merasai keupayaan Grok 4 sebelum membuat keputusan untuk menaik taraf kepada pelan langganan premium.

Pelancaran ini juga dilihat sebagai strategi xAI untuk meningkatkan daya saing dalam pasaran AI global, khususnya selepas OpenAI memperkenalkan GPT-5. Dengan langkah ini, lebih ramai pengguna berpeluang menguji teknologi AI generasi baharu secara langsung melalui platform X.

Sumber: Amanz

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *