Pada 9 Julai 2025, Samsung Electronics secara rasmi memperkenalkan Galaxy Z Fold7 dalam acara Galaxy Unpacked 2025 yang berlangsung di Brooklyn, sekali lagi mentakrifkan semula inovasi dalam dunia telefon pintar boleh lipat.
Sebagai model paling nipis dan ringan dalam siri Galaxy Z Fold setakat ini, peranti ini tampil dengan keupayaan AI multimodal, antaramuka pengguna serba baharu serta kamera 200 megapiksel pertama dalam siri ini. Dengan penambahbaikan menyeluruh dari segi rekaan dan teknologi, Galaxy Z Fold7 menetapkan standard baharu untuk telefon boleh lipat generasi masa hadapan.

Rekaan: Lebih Nipis dan Ringan
Galaxy Z Fold7 direka lebih nipis dan ringan berbanding generasi terdahulu dengan hanya 4.2mm apabila dibuka, 8.9mm apabila dilipat, dan seberat 215 gram. Walaupun menampilkan paparan hadapan dan mekanisme lipatan kompleks, spesifikasi ini adalah satu pencapaian luar biasa.
Peranti ini kini lebih hampir menyerupai telefon pintar bar-type biasa apabila dipegang, malah lebih nipis daripada pasport atau dompet kad standard. Ini menjadikannya sangat selesa untuk dibawa ke mana-mana.
Paparan luar dengan nisbah aspek 21:9 pula menjadikan tugas harian seperti menghantar mesej, melayari web dan menyemak e-mel lebih mudah tanpa perlu membuka lipatan.
Inovasi rekaan turut merangkumi bahagian engsel. Teknologi Armor FlexHinge terbaru digunakan lebih nipis tetapi tetap kukuh. Struktur baharu ini juga berjaya mengurangkan lipatan ketara pada skrin boleh lipat.

Kamera: Resolusi Tinggi untuk Imej Lebih Tajam
Galaxy Z Fold7 merupakan telefon lipat pertama dalam siri ini yang dilengkapi kamera 200MP, menawarkan empat kali ganda butiran imej berbanding model 50MP terdahulu. Dengan bantuan ProVisual Engine berasaskan AI, hasil gambar menjadi lebih tajam dan warna lebih menyerlah.
Fungsi Nightography pula membolehkan tangkapan jelas dalam keadaan cahaya malap, manakala kamera utama hadapan kini menyokong sudut pandangan sehingga 100 darjah. Ianya ideal untuk swafoto berkumpulan atau pemandangan percutian yang luas.

AI Multimodal dan One UI 8: Bantuan Konteks Masa Nyata
Galaxy Z Fold7 turut hadir dengan One UI 8, memperkenalkan pengalaman AI multimodal terbaru Samsung.
Melalui Gemini Live oleh Google, pengguna boleh berkongsi skrin secara langsung sambil berbual dengan pembantu AI, membolehkan permintaan konteks dibuat berdasarkan apa yang kelihatan di skrin.
Contohnya, jika pengguna melihat gambar manisan yang tidak dikenali, Gemini boleh mengenal pasti jenisnya dan mencadangkan lokasi berhampiran yang menawarkan hidangan serupa. Gemini juga boleh menyimpan senarai restoran tersebut dan menetapkan peringatan kalendar serentak, tanpa perlu bertukar aplikasi.
Keupayaan ini lebih menyerlah apabila digabungkan dengan paparan besar Galaxy Z Fold7 dan fungsi Multi-Window. Sebagai contoh, pengguna boleh paparkan kerusi di satu skrin dan bilik di skrin lain, lalu bertanya sama ada kerusi tersebut sesuai dengan hiasan dalaman dan AI akan memberi cadangan berdasarkan kedua-dua konteks tersebut.
Pengalaman eksklusif Galaxy ini membolehkan interaksi semula jadi antara pengguna dan peranti bukan sahaja melalui teks, malah dengan input suara, imej, dan kamera secara langsung apabila memohon maklumat daripada AI.

Penanda Aras Baharu Teknologi Premium
Galaxy Z Fold7 bukan sekadar evolusi dalam rekaan, malah membawa pengalaman ultra premium sebenar yang menyatu dalam setiap aspek kehidupan harian daripada perkakasan canggih, kamera berkuasa tinggi hingga ke AI pintar yang menyokong gaya hidup moden.
Sumber: Samsung Newsroom