Roblox, platform permainan popular yang sering dikaitkan dengan kanak-kanak dan remaja, kini mencipta sejarah dengan merekodkan 28.4 juta pemain serentak, menjadikannya platform permainan dalam talian dengan jumlah pemain serentak tertinggi di dunia. Selain menjadi tempat hiburan digital, Roblox juga berperanan sebagai platform pembangunan permainan yang menggalakkan kreativiti dan kemahiran pengaturcaraan di kalangan pengguna.

Rekod luar biasa ini dicapai melalui permainan terbaru mereka yang dinamakan Grow A Garden, yang berjaya menarik 21.6 juta pemain serentak, mengatasi rekod sebelumnya oleh Fortnite dengan 15.3 juta pemain serentak pada Disember 2020.
Roblox turut berkongsi bahawa pada waktu puncak, jumlah keseluruhan pemain aktif serentak di seluruh platform mencecah hampir 30 juta pengguna. Lonjakan mendadak ini memaksa pihak Roblox untuk memastikan kestabilan platform agar semua pemain kekal mendapat pengalaman permainan terbaik.
Untuk menyokong skala pertumbuhan ini, Roblox kini beroperasi dengan 24 pusat data global, membolehkan sambungan pantas dan stabil kepada pemain di seluruh dunia. Infrastruktur ini memastikan setiap pengguna disambungkan ke pelayan terdekat, sekaligus mengurangkan kelewatan dan menambah baik pengalaman permainan.
Sumber: Amanz, Roblox