Apple secara rasmi telah menghantar jemputan untuk acara tahunan mereka yang akan berlangsung pada 10 September 2025, jam 1 pagi (waktu Malaysia). Seperti kebiasaan, acara ini dijangka menjadi tumpuan global kerana Apple bakal memperkenalkan barisan produk terbaharu mereka.
Antara produk yang paling dinantikan pastinya siri iPhone 17, khususnya model baharu iPhone 17 Air yang dikatakan akan menggantikan siri iPhone Plus. Model ini dijangka hadir dengan rekaan lebih nipis serta menjadi taruhan utama Apple untuk menarik minat pengguna yang mahukan telefon pintar premium dengan rekaan moden dan bergaya.
Selain iPhone, Apple juga dijangka memperkenalkan Apple Watch generasi baharu bersama beberapa kemaskini perisian utama termasuk iOS, iPadOS dan watchOS.
Dengan reputasi Apple yang sering membawa kejutan, ramai peminat teknologi pastinya tidak sabar menantikan apa lagi inovasi baharu yang akan diumumkan pada acara berprestij ini.
Sumber: Amanz