Laman Teknologi

Pelan Penyelenggaraan Laman Web

Laman web yang berkualiti memerlukan pelan perancangan penyelenggaraan yang teliti dan konsisten. Penyelenggaran boleh dijalankan secara harian, mingguan, bulanan ataupun tahunan mengikut jenis kerja.

Antara perkhidmatan yang kami tawarkan kepada pelanggan adalah seperti berikut:

  • 1. BACKUP
    Amatlah penting bagi kita untuk membuat pelan ‘backup’ kandungan dan juga database laman web yang telah siap. Ini kerana laman web berkemungkinan menerima risiko kehilangan data oleh beberapa sebab seperti serangan malware. Sekirangya backup telah dilakukan, kita mampu lakukan proses recovery ataupun restore untuk mengelakkan laman web hilang begitu sahaja.
  • 2. NAIK TARAF TEMA WEB
    Bagi laman web yang dibangunkan menggunakan CMS – Content Management System seperti Joomla, WordPress, Drupal dan lain-lain, penyelenggaraan theme / tema web perlu dilakukan. Sekiranya tema tersebut adalah tema yang berlesen (premium), terdapat versi baru yang perlu dinaiktaraf dari masa ke semasa.
  • 3. KESIHATAN WEB
    Kesihatan laman web merujuk pelbagai aspek seperti keadaan server anda dan juga gangguan virus atau malware yang mana boleh mempengaruhi kelajuan dan keselamatan laman web anda. Perkara ini penting bagi mengelakkan pelawat yang merupakan prospek anda kekal akses laman web anda tanpa sebarang masalah.
  • 4. KEMASKINI KANDUNGAN
    Kandungan web memainkan peranan besar dalam menyampaikan mesej atau maklumat kepada pelawat laman web anda. Kandungan perlu dikemaskini bagi memastikan anda kelihatan aktif dan serius menjalankan aktiviti pemasaran perkhidmatan atau produk.
  • 5. NAIK TARAF PLUGIN
    Seperti Theme Maintenance, jika anda menggunakan CMS anda perlu sentiasa semak dan kemaskini (naiktaraf) plugin yang ada bagi memastikan laman web sentiasa berada dalam keadaan terbaik dari segi keselamatan dan fungsi terkini.

Kesimpulannya, penyelenggaraan laman web adalah wajib dijalankan bagi mengekalkan prestasi laman web yang anda gunakan sebagai alat pemasaran atau perhubungan dengan pelanggan.

Sekiranya anda memiliki laman web dan memerlukan perkhidmatan penyelenggaraan, boleh hubungi kami: https://lamanteknologi.com/contact/

Leave a comment

Your email address will not be published.