Kecerdasan buatan (AI) kini semakin meluas dalam kehidupan seharian, dan Google memperkenalkan satu lagi inovasi melalui perkhidmatan terbaru mereka – Flight Deals.
Berbeza dengan carian biasa, pengguna boleh menggunakan bahasa semula jadi seperti “cari percutian 5 hari ke negara musim sejuk”. Hasilnya, Flight Deals bukan sahaja memberikan cadangan destinasi menarik, tetapi turut memaparkan harga tiket paling berbaloi.
Untuk memastikan tawaran terbaik, sistem ini melakukan carian masa nyata ke ratusan laman web syarikat penerbangan dan pelancongan.
Buat masa ini, Flight Deals boleh dicuba oleh pengguna di Amerika Syarikat, Kanada dan India, sebelum diperluaskan ke negara lain.
Sumber: Amanz, Google Flight Deals



