Google AI Overviews: Pengguna Kini Lebih Gemar Rumusan AI Berbanding Pautan Web

Google AI Overviews: Pengguna Kini Lebih Gemar Rumusan AI Berbanding Pautan Web

Google baru-baru ini berdepan saman daripada penerbit kandungan yang mendakwa ciri AI Overviews dalam enjin carian menjejaskan trafik laman web mereka. Sebagai respon, Google tampil memberi kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.

Menurut Google, mereka masih mengekalkan ekosistem hasil carian yang memaparkan pautan ke pelbagai laman web di seluruh dunia. Walaupun terdapat pengguna yang selesa dengan kaedah tradisional ini, trend terkini menunjukkan semakin ramai memilih jawapan berbentuk ringkasan mengikut konteks berbanding melihat senarai sepuluh pautan carian seperti dahulu.

Google kini meletakkan rumusan pantas di bahagian teratas hasil carian, membolehkan pengguna memahami maklumat utama dengan segera. Jika pengguna memerlukan penjelasan lebih lanjut, mereka masih boleh mengklik pautan ke laman web asal.

Pendekatan ini sejajar dengan tawaran daripada penyedia AI lain seperti ChatGPT, yang turut menekankan pengalaman carian berasaskan jawapan segera dan kontekstual. Malah, Google kini sedang membangunkan AI Mode, iaitu mod carian baharu berasaskan AI yang bakal diperkenalkan pada halaman utama enjin carian mereka.

Walaupun mengubah strategi mengikut corak penggunaan semasa, Google menegaskan mereka tetap mengekalkan paparan pautan web di bawah hasil carian, bagi memastikan ekosistem digital terus sihat dan adil untuk penerbit kandungan.

 

Sumber: Amanz

 

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *