Apple Perkenal iPhone Air, Siri Baru Gantikan iPhone Plus Dengan Rekaan Nipis & Teknologi Terkini

Apple Perkenal iPhone Air, Siri Baru Gantikan iPhone Plus Dengan Rekaan Nipis & Teknologi Terkini

Apple secara rasmi menamatkan barisan iPhone Plus tahun ini dan memperkenalkan model baharu iaitu iPhone Air. Mengambil inspirasi daripada siri MacBook Air, iPhone Air menekankan konsep rekaan nipis, ringan dan moden.

Menurut Apple, iPhone Air adalah telefon pintar paling nipis yang pernah dihasilkan setakat ini, hanya setebal 5.6mm. Ia menggunakan kerangka titanium yang bukan sahaja ringan, tetapi juga kukuh dan tahan lama.

Dari segi paparan, iPhone Air hadir dengan skrin 6.5-inci Super Retina XDR bersama sokongan ProMotion 120Hz untuk pengalaman visual yang lebih lancar. Ia dijana dengan cip Apple A19 Pro serta cip rangkaian N1 yang menyokong WiFi 7 dan Bluetooth generasi baharu, menjadikannya lebih pantas dan efisien untuk dunia teknologi masa kini.

Bateri iPhone Air dijanjikan mampu bertahan sepanjang hari, manakala sistem kameranya dilengkapi dengan kamera utama 48MP dan kamera hadapan 18MP untuk rakaman swafoto berkualiti tinggi. Menariknya, iPhone Air kini hadir dengan Action Button dan Camera Control di bahagian sisi sama seperti model Pro.

Tambahan lagi, iPhone Air hanya menyokong eSIM sepenuhnya tanpa slot SIM fizikal, selari dengan arah teknologi global yang beralih kepada sambungan digital penuh.

Di Malaysia, iPhone Air akan mula ditawarkan dengan harga bermula RM4999 untuk storan 256GB. Pra-tempahan dibuka pada 12 September 2025, manakala penjualan rasmi bermula pada 19 September 2025.

 

Sumber: Amanz

 

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *