Aplikasi Setel Capai 9 Juta Pengguna: Bayar Minyak, Parkir & Belanja Lebih Mudah

Aplikasi Setel Capai 9 Juta Pengguna: Bayar Minyak, Parkir & Belanja Lebih Mudah

Aplikasi Setel yang pada awalnya dilancarkan pada Julai 2018 sebagai penyelesaian pembayaran minyak di stesen Petronas, kini semakin berkembang menjadi salah satu aplikasi gaya hidup digital popular di Malaysia.

Daripada sekadar platform isi minyak tanpa tunai, Setel kini menambah pelbagai fungsi baharu termasuk pembayaran parkir serta sokongan transaksi lain yang memudahkan pengguna. Hasilnya, aplikasi ini berjaya menarik lebih 9 juta pengguna di Malaysia.

Menurut Setel, aplikasi ini kini boleh digunakan di lebih 1,000 stesen Petronas di seluruh negara, selain disokong oleh lebih 2.6 juta peniaga. Dengan integrasi DuitNow QR, Setel juga berfungsi sebagai dompet digital, menjadikannya pilihan praktikal untuk pelbagai jenis pembayaran harian.

Bagi kemudahan pengguna, Setel ditawarkan dalam dua versi iaitu aplikasi Setel utama dan Setel Lite (dikhususkan untuk telefon Android berspesifikasi rendah). Selain itu, ia turut hadir terbina dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet, sekali gus memperluaskan capaian kepada lebih ramai pengguna.

Dengan perkembangan ini, Setel jelas sedang mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu aplikasi pembayaran digital terkemuka di Malaysia.

Sumber: Amanz

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *