Perkembangan pesat dalam dunia kecerdasan buatan (AI) kini membuka peluang baharu dalam cara kita membangunkan aplikasi dan laman web. Melalui konsep yang dikenali sebagai sempoicara atau vibe coding, pengguna hanya perlu memberikan arahan berbentuk teks, dan sistem AI akan menjana kod yang diperlukan secara automatik.
Selari dengan trend ini, Codecademy iaitu sebuah platform pembelajaran atas talian popular, kini memperkenalkan kursus pengenalan bertajuk “Intro to Vibe Coding”. Kursus ini direka untuk membantu sesiapa sahaja memahami asas vibe coding, sekaligus membolehkan mereka mencuba sendiri kaedah pengaturcaraan baharu ini tanpa perlu menguasai kod kompleks terlebih dahulu.
Dengan kursus ini, pelajar dapat menguasai asas sempoicara sebelum melangkah ke tahap lebih mendalam dalam dunia pembangunan berasaskan AI. Codecademy berharap inisiatif ini dapat memudahkan lebih ramai orang meneroka potensi AI dalam pengaturcaraan moden.
Bagi yang berminat, kursus ini sudah boleh diakses melalui platform Codecademy bermula hari ini.
Sumber: Amanz



