Temporary Error 15: Ganggu Operasi Emel Pengguna Yahoo Di Seluruh Dunia

Temporary Error 15: Ganggu Operasi Emel Pengguna Yahoo Di Seluruh Dunia

Pada hari Khamis lalu, ribuan pengguna Yahoo Mail di seluruh dunia menghadapi masalah teknikal besar, apabila sistem melontarkan mesej ralat “Temporary Error 15” kepada pengguna. Masalah ini mula dilaporkan secara meluas sekitar jam 11:30 pagi (waktu tempatan) berdasarkan data dari DownDetector, dan ramai pengguna menyatakan mereka tidak dapat mengakses akaun atau membaca emel seperti biasa.

Apa Yang Berlaku? Pengguna Suarakan Kekecewaan

Antara aduan yang dilaporkan termasuk:

  • “Paling mengecewakan bila tak ada sebarang pengesahan dari pihak Yahoo. Kami guna Yahoo Mail untuk emel perniagaan… dah berjam-jam tak dapat akses.”
  • “Saya boleh terima emel, tapi tak boleh baca. Muncul mesej – We couldn’t load this message. Retry.”
  • “Setiap kali buka di iPhone atau komputer, muncul mesej: We are experiencing some technical difficulties. Temporary Error: 15.”
  • “Dah lebih 3 jam cuba login. Sekarang boleh masuk, tapi semua emel tak boleh dibuka. Mesej: Cannot open this message.”

Ada juga pengguna yang mendakwa masalah ini mungkin disebabkan kemas kini sistem yang gagal atau serangan penggodam.

  • “Tak boleh refresh, tak dapat emel baru. Saya tunggu mesej penting dari penerbit saya.”

Pihak Yahoo mengesahkan kejadian ini melalui kenyataan di platform X (Twitter):

  • “Kami sedar terdapat gangguan akses akaun melibatkan sebilangan pengguna. Kami sedang menyiasat isu ini dan akan kemas kini secepat mungkin. Kami mohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.”

Kenyataan ini dikeluarkan oleh akaun rasmi khidmat pelanggan Yahoo.

Apa Itu “Temporary Error 15”?

Ralat Temporary Error 15 adalah isu teknikal yang biasa berlaku di Yahoo Mail. Ia selalunya akan pulih secara automatik dalam tempoh tertentu. Antara punca yang boleh mencetuskannya termasuk:

  • Menggunakan pelayar web yang tidak disokong

  • Akaun dibuka serentak di beberapa peranti atau pelayar

  • Masalah sementara pada pelayan (server) Yahoo

Walaupun ralat ini bukan sesuatu yang baru, gangguan secara besar-besaran seperti ini jarang berlaku dan memberi impak besar terutamanya kepada pengguna yang menggunakan Yahoo Mail untuk urusan profesional.

 

Sumber: Hindustan Times

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published.Required fields are marked *